399 SM
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
suntingMengikut tempat
suntingYunani
sunting- 15 Februari - Socrates, ahli falsafah Yunani, dihukum mati melalui meminum hemlok oleh pihak berkuasa Athens atas tuduhan melakukan perbuatan-perbuatan yang ingkar, serta merosakkan akhlak pemuda-pemudi Athens. Beliau enggan melarikan diri untuk hidup dalam buangan.
- Sparta memaksa Elis menyerah kalah pada musim bunga.
- Lysander, laksamana Sparta, mencuba memulakan pemberontakan politik di Sparta dengan mencadangkan bahawa rajanya tidak sepatutnya diberikan pimpinan tentera secara automatik. Beliau juga mencadangkan bahawa kedudukan raja harus dipilih melalui pengundian. Bagaimanapun, beliau tidak berjaya mencapai pembaharuan-pembaharuan ini, serta tidak disukai lagi oleh Raja Agesilaus II dari Sparta.
- Raja Archelaus I dari Macedon dibunuh semasa memburu oleh Craterus, salah satu budak kundang diraja yang juga merupakan kendaknya.
Mesir
sunting- Raja Amyrtaeus dari Mesir ditewaskan dalam pertempuran oleh pewarisnya, Nepherites I dari Mendes, dan dihukum mati di Memphis. Raja Nepherites I (atau Nefaarud I) mengasaskan Dinasti Kedua Puluh Sembilan Mesir, dan menjadikan Mendes sebagai ibu kotanya.
Mengikut topik
suntingKesusasteraan
suntingKelahiran
suntingKematian
sunting- Socrates, ahli falsafah Yunani (lahir k.k. 470 SM).
- Raja Amyrtaeus dari Mesir
- Raja Archelaus I dari Macedon