Abdul Rahman Hashim
Allahyarham Tan Sri Dato' Abdul Rahman bin Hashim (7 Julai 1923 – 7 Jun 1974) ialah Ketua Polis Malaysia yang ketiga. Beliau menyandang jawatan tersebut sehingga ditembak mati oleh anasir komunis di Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974.
Abdul Rahman Hashim | |
---|---|
![]() | |
Ketua Polis Negara Malaysia | |
Dalam jawatan 1 Februari 1973 – 7 Jun 1974 | |
Raja | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah |
Menteri | Ismail Abdul Rahman Ghazali Shafie |
Didahului oleh | Mohamed Salleh Ismael |
Digantikan oleh | Mohammed Hanif Omar |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Yan, Kedah, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, British Malaya (kini Malaysia) | 7 Julai 1923
Meninggal dunia | 7 Jun 1974 Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 50)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur |
Pasangan | Puan Sri Halimah Mohamed Isa |
Anak | 7 |
Pendidikan
suntingBeliau dilahirkan pada 7 Julai 1923 di Yan, Kedah. Beliau bersekolah di Sekolah Melayu Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah. Seterusnya belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Star dan lulus Senior Cambridge pada Disember 1940.
Kerjaya
suntingSetelah tamat persekolahan, beliau menjadi Pegawai Polis Negeri Kedah berpangkat Inspektor kecil (17 Oktober 1941) ; Ketua Polis Daerah Kuala Nerang ; Ketua Polis Daerah Baling (1948) ; Pegawai Penyiasat Jenayah (1949) ; Penolong Penguasa Polis ( Januari 1952) ; Penolong Ketua Polis Daerah Kulai, Johor ; Pegawai Penjaga Lingkungan Polis di Batu Gajah ; Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang (1960) ; Timbalan Pengarah Cawangan Khas (1963) ; Pengarah Cawangan Khas (1971) ; Timbalan Ketua Polis Negara (1972) dan Ketua Polis Negara yang ke-3 (1 Februari 1973 - 7 Jun 1974).
Beliau dihantar untuk menghadiri Kursus Siasatan Jenayah selama 3 bulan di MillMeece Stafford, United Kingdom (April 1953) dan Kursus Pegawai Kanan selama enam bulan di Rynton-on-Dunsmore atau Bramshill Police College di United Kingdom (1957).
Ditembak mati
suntingSemasa menjadi Ketua Polis Negara (1973-1974) beliau ditembak oleh anasir subversif di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur pada 7 Jun 1974. Beliau lama berkhidmat di cawangan Khas iaitu selama 19 tahun. Beliau telah berkhidmat dengan Perkhidmatan Polis Negara selama 32 tahun dengan memegang pelbagai jawatan. Tahun 1974-1975 adalah tahun kedua pemberontakan komunis di Malaysia selepas 1958-1960.Tugu Negara turut diletupkan. Perang Vietnam antara Amerika Syarikat dan Vietnam dimenangi oleh gerila Vietnam. [1]Pembunuhan itu atas arahan Chin Peng dari Parti Komunis Malaya.[2] Bagaimanapun Karpal Singh meminta penjelasan lanjut misteri pembunuhan itu sebab tiada bukti yang jelas.[3]
Reben Perkhidmatan
suntingPingat dan anugerah
suntingBeliau menerima anugerah Ahli Mangku Negara (A.M.N) (1961) ; Pingat Peringatan Kedah (1965) ; Johan Mangku Negara (J.M.N) (1961) ; Bintang Republik Indonesia yang dianugerahkan oleh Presiden Indonesia Suharto (1970) ; Crown Second Class oleh Raja Thailand (1970) ; Bintang Bhayangkara Utama oleh Republik Indonesia (1973), Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K) dan Setia Mahkota Kedah (S.M.K.).[4]
Rujukan dan pautan Luar
sunting- Ketua Polis Negara dari Laman Web Rasmi Poilsi Diraja Malaysia Diarkibkan 2006-08-22 di Wayback Machine
- ^ At peace in their village
- ^ Rise and fall of communism in Malaya
- ^ It’s not a made up story, says Abu Seman
- ^ "Tan Sri Abdul Rahman Bin Hashim". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-11. Dicapai pada 2012-05-12.
Penyandang Terdahulu | Ketua Polis Malaysia 1 Februari 1973 – 7 Jun 1974 |
Penyandang Kemudian |
Tun Mohamed Salleh Ismael |
Tun Mohammed Hanif Omar |