Ahmad "Fredo" Fuad
Ahmad Fuad bin Razali (14 Mei 1996), dikenali dengan nama mononimnya Fredo atau Fredo Sameon ialah pemain esports Malaysia.[1] Dia pernah bermain Rules of Survival dan Mobile Legends: Bang Bang (2017–2019).[2] Setakat kini dia menyertai O TWO Esports dalam perlawanan PUBG.[3]
Ahmad Fuad bin Razali | |
---|---|
Kelahiran | |
Nama lain | Fredo, Fredo Sameon |
Pekerjaan | Pemain esports |
Tahun aktif | 2016-kini |
Pasangan | Miza Mazlan (k. 2021) |
Pada tahun 2020, Fredo dan kelab esportsnya Yoodo Gank berjaya memenangi PMPL SEA Musim 1.[4]
Kerjaya
suntingMobile Legends: Bang Bang
suntingPada 30 Julai 2017, Fredo menyertai Team Saiyan dan memulakan kerjayanya dalam perlawanan esports profesional. Bersama 2ez4jep, Kuja, H4nGus dan Rush dia mara ke pentas akhir pertamanya dan menentang Mysterious Assasin (MyA) dalam perlawanan yang panjang. Skuad lawannya itu ialah D.Ace, Sh4dow, King Zyzz, Mr. Padel dan Soloz. Fredo berjaya memenangi kejohanan pertamanya dan mendapatkan hadiah kemenangan 4.500 USD.
Pada tahun 2018, Soloz menjadi rakannya selepas menyertai AirAsia Saiyan. Fredo ialah kapten skuad dan mereka sepanjang bersama AirAsia Saiyan, berjaya memenangi kejohanan Gegaria Fest Putrajaya.[5][6] Mereka menewaskan sang pesaing klasik di perlawanan terakhir dan membawa pulang 5.000 RM.[7] Pada bulan Oktober, bersama Rush, Penjahat, HawkEye, Gripex, Logan dan Soloz mereka rasmi menyertai kelab baharu, Team Bosskurr.
Soloz dipilih sebagai kapten skuad Bosskur. Fredo memenangi Todak Fest pada Januari 2019 bersama rakan-rakannya.[8] Dalam perlawanan best of 1 itu, kelab memenangi RM50,000 selepas menang ke atas MyA. Pada bulan Mac, Fredo mengatakan dalam satu temu ramah bahawa ia akan hiatus untuk berehat. Pada bulan April, ia memutuskan untuk bersara dan berpindah ke PUBG dengan menyertai Yoodo Gank.[9]
PlayerUnknown's Battlegrounds
suntingSelepas persaraannya daripada MLBB, Fredo membersamai Yoodo Gank dalam kemenangan PMPL Sea Musim 1. Rakan yang menyertai kejohanan itu ialah Manparang, Draxx dan Jumper.[10] Memenangi 40.500 USD dan Fredo dtakrifkan sebagai pemain MVP Asia Tenggara musim 2020. Selain Yoodo Gank, ia pernah menyertai Belacan Gaming, Team Secret dan O Two Esports.[11]
Kehidupan peribadi
suntingFredo mengumumkan perkahwinannya dengan Miza Mazlan pada Oktober 2021.[12]
Rujukan
sunting- ^ Ahmad, Mariah (14 Mei 2020). "Bila Alucard pegang SCAR-L, perjalanan Fredo dari ML sehingga jadi jaguh Asia Tenggara PUBG Mobile". WTM Today. Dicapai pada 23 Januari 2025.
- ^ AFK AGAIN (2024-04-17), Why Fredo Left Playing Real Story ~ Mobile Legends, dicapai pada 2025-01-23
- ^ "Yoodo Bekerjasama Dengan O2 Esports Untuk Dominasi PUBG Mobile | Hot FM" (dalam bahasa Inggeris). 2024-02-11. Dicapai pada 2025-01-23.
- ^ "Daftar juara PMPL SEA: Tim-tim terbaik penguasa region SEA | ONE Esports Indonesia". www.oneesports.id (dalam bahasa Indonesia). 2022-06-13. Dicapai pada 2025-01-23.
- ^ MyGameOn. "AirAsia Saiyan Juara Mobile Legends All-Star Arena Di Gegaria Fest Putrajaya". MyGameOn. Dicapai pada 2024-11-02.
- ^ "AirAsia Saiyan Juara Mobile Legends All-Star Arena Di Gegaria Fest Putrajaya – Mygameon". mgo2022.mygameon.my. Dicapai pada 2025-01-23.
- ^ Pratama, Aditya (2023-01-19). "Profil Soloz, Legenda MLBB Asal Malaysia Setara RRQ Lemon!". YODU (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-11-02.
- ^ MyGameOn. "Mobile Legends: Bosskur Gaming Juara Todak Fest 2019". MyGameOn. Dicapai pada 2024-11-02.
- ^ "PUBG Mobile PMPL – Jujurnya, susah nak menyesuaikan diri dengan PUBG Mobile – Fredo | Esports News Update". www.wtmtoday.my. Dicapai pada 2025-01-23.
- ^ Razi, Fahrul. "Yoodo Gank Asal Malaysia Menjuarai PMPL SEA Season 1!". Duniaku (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-01-23.
- ^ "Terima Kasih, Fredo". www.instagram.com. Dicapai pada 2025-01-23.
- ^ MyGameOn. "Fredo dah berkahwin". MyGameOn. Dicapai pada 2025-01-23.