Amplang
Jenis keropok tradisi kaum Bugis yang berasal daripada Sulawesi
Amplang ialah sejenis makanan ringan berasaskan ikan. Ia pada kebiasaanya adalah berbentuk bulat dan berwarna putih. Amplang merupakan produk yang dikenali berasal dari ketapang Provinsi Kalimantan Barat di Indonesia.[1] kerupuk ini berasal daripada ikan tenggiri yang dicampur tepung kanji, dan di tambahkan bahan-bahan lain, dan setelah itu di digoreng.[2]
Bahan-bahan
suntingBahan | Peratus (%) |
---|---|
Isi ikan | 100 |
Tepung kanji | 100 |
Garam | 2 |
Gula | 2 |
Natrium bikarbonat | 2.5 |
MSG | 0.3 |
Telur ayam |
Pemprosesan
suntingBerikut ialah langkah-langkah yang terlibat dalam pemprosesan amplang:
- Mengadun – Isi ikan diadun bersama tepung kanji serta ramuan lain bagi membentuk doh.
- Membentuk – Doh dibentuk menjadi ketulan silinder besar seberat 500 gram, kemudian dipotong kecil secara melintang. Setiap potongan kecil tadi dibentuk silinder sekali lagi dengan saiz yang lebih kecil sebelum dipotong halus.
- Memasak – Amplang yang dipotong halus-halus digoreng di dalam minyak yang banyak selama lebih kurang 30 minit sehingga benar-benar ranggup. Amplang sentiasa di kacau semasa digoreng bagi mengelakkannya menjadi hangit.
- Mengetos – Sesudah digoreng, amplang ditoskan bagi membuang sisa-sisa minyak.
- Pembungkusan dan penyimpanan – Amplang yang sudah siap, dibungkus dalam plastik kedap udara kemudian disimpan pada suhu bilik serta jauhkan daripada pancaran cahaya matahari dan selamat daripada serangan serangga.
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- Amplang Diarkibkan 2012-02-13 di Wayback Machine di portal rasmi Jabatan Perikanan Malaysia.