Anjing gembala Garafía
Anjing gembala Garafía[a] ialah satu baka anjing gembala biri-biri Sepanyol yang asli di pulau La Palma di Kepulauan Canaria.[1]:562[4] Namanya diterbitkan daripada nama comarca Garafía, di utara pulau itu. Di sana, baka ini paling lazim, walaupun spesimen terdapat di seluruh pulau. Baka ini diiktiraf secara rasmi oleh Real Sociedad Canina de España pada tahun 2003.
![]() | |||||||||||||||||
Negara asal | Sepanyol | ||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||
Catatan | diiktiraf dalam perundangan Sepanyol[2]:13431[3] | ||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Sejarah
suntingIni ialah populasi anjing tersendiri yang asli di comarca Garafía, di pulau La Palma. Di sana, ia digunakan oleh gembala untuk membawa kawanan kambing. Oleh sebab ini, haiwan itu bertahan hidup di kawasan curam dan berbatu. Ia mempunyai ciri-ciri sangat heterogen, kerana hanya telah dilakukan pemilihan berfungsi. Kecekapan terasnya ialah penggiringan kambing dan biri-biri ke padang ragut di kawasan berceranggah, mengikut geografi La Palma. Asal usulnya terletak pada zaman pra-Hispanik, walaupun penyilangan dengan baka-baka lain (paling penting anjing gembala Belgium) selepas penaklukan menyumbang kepada perkembangan anjing gembala Garafía.
Untuk satu ketika, baka ini berada di ambang kelenyapan kerana pembiakbakaan ke luar dengan baka anjing lain. Silangan berturut-turut, terutamanya dari tahun 1960-an dengan baka-baka anjing gembala lain, menunjukkan keperluan untuk berusaha untuk pemulihan dan pemilihannya daripada segelintir spesimen tulen baka ini yang dibela oleh gembala di pulau itu. Sebuah kumpulan kerja untuk pemuliharaan baka ini dibentuk pada tahun 1980; ini kemudian menjadi Asociación Española del Perro Pastor Garafiano ("Persatuan Anjing Gembala Garafía Sepanyol").[1]:563[5]
Baka ini telah dibawa dalam pertunjukan baka peribumi yang telah diadakan di Kepulauan Canaria, serta pameran antarabangsa yang diadakan di Santa Cruz de Tenerife dan di Las Palmas. Jabatan Etnologi Sekolah Veterinar Universiti Las Palmas de Gran Canaria telah menjalankan beberapa buah kajian mengenai baka ini, yang dibentangkan pada simposium baka peribumi yang diadakan di Córdoba pada Mac 1992.
Ciri
suntingTubuh
suntingLupoid, perkadaran sederhana atau sederhana renceng, cukup seimbang, sederhana hingga besar. Punggung lebih tinggi sedikit daripada persilangan, leher agak pendek dan kepala kecil berhubung dengan tubuh.
Berat
suntingSpesimen biasanya berukuran seberat 30–40 kg (66–88 lb) untuk jantan dan seberat 24–30 kg (53–66 lb) untuk betina.
Ketinggian
suntingKetinggian pada paras kelasa bagi jantan ialah 57–65 cm (22–26 in), manakala pada betina 55–63 cm (22–25 in).
Kepala
suntingBerbentuk kon, agak kecil berbanding dengan tubuh, hadapan sedikit melengkung, yang menonjolkan implantasi agak ke belakang dan terpisah dari telinga, yang mungkin terbelah atau condong ke hadapan. Mungkin juga kelihatan tegak, kemudian terdapat kecenderungan untuk terlipat terhadap sebarang rangsangan, menunjukkan muka dalamannya. Hidung sentiasa hitam. Matanya serong, berbentuk badam, dan perang. Bibir terkumpul pendek. Gigitan penyepit. Stop lembut dan sangat ketara.
Tungkai
suntingTungkainya kuat, berkedudukan baik, selanjutnya menonjolkan perkadarannya. Kadang-kadang terdapat taji, yang kerap ganda dan sesetengah terimplan.
Bulu
suntingLapis bulunya berwarna kuning keperang-perangan atau alobada. Anak anjing lahir sebagai anjing perang, kemudian berubah warna apabila dewasa, muncul dalam sesetengah kes bulu atau tompok-tompok putih pada dada, jari kaki, atau di hujung ekor, biasanya hilang untuk tumbuh.
Bulunya banyak dan lebih kurang panjang. Kadang-kadang, bulu lembut manakala dalam kes lain bulunya kasar. Bulunya terkumpul di pangkal telinga, leher, ekor, dan tepi tungkai. Ekornya biasanya sesak dengan bulu, yang membentuk lengkungan yang sedikit melingkar, tetapi tidak pernah ke atas belakang.
Perangai
suntingPerwatakan anjing gembala Garafía adalah jinak dan ramah. Apabila bertemu dengan orang asing, ia menunjukkan sikap tipikal: salakan, lipatan telinga, pergerakan ekor, dan pusingan kepala yang menunjukkan sudut mulutnya dalam senyuman. Ia berpenampilan tenang dan santai tetapi menjadi sangat aktif semasa melakukan sebarang kegiatan fizikal.
Catatan
sunting- ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا ݢارافيا ; Sepanyol: perro pastor garafiano; perro de pastor garafiano; pastor garafiano; pastor de Garafía ; bahasa Inggeris: Garafian shepherd
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing gembala Garafía |
- ^ a b c d e f Fernández Rodríguez, Miguel; Gómez Fernández, Mariano; Delgado Bermejo, Juan Vicente; Belmonte, Silvia Adán; Jiménez Cabras, Miguel, penyunting (1 Oktober 2009). Guía de campo de las razas autóctonas españolas [Panduan Lapangan Baka Anjing Autokton Sepanyol] (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Kementerian Alam Sekitar dan Persekitaran Luar Bandar dan Laut. ISBN 9788449109461. OCLC 804450785.
- ^ Kementerian Pertanian, Perikanan, dan Makanan (14 Jun 2001). "11347: REAL DECRETO 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura" [11347: DEKRI DIRAJA 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen.]. Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (142): 21156–21182.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Cañete, Arias (30 Mac 2004). "5652: ORDEN APA/807/2004, de 24 de marzo, por la que se actualiza el anexo del Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura" [5652: PERINTAH APA/807/2004, pada 24 Mac, yang mengemaskinikan lampiran Dekri Diraja 558/2001, pada 25 Mei, yang mengatur pengiktirafan rasmi bagi pertubuhan-pertubuhan atau persatuan-persatuan pembiak baka anjing baka tulen.]. Boletín Oficial del Estado (dalam bahasa Sepanyol) (77): 13430–13435.
- ^ "Perro de Pastor Garafiano" [Anjing Gembala Garafía] (dalam bahasa Sepanyol). Real Sociedad Canina de España. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Februari 2018. Dicapai pada 15 Februari 2025.
- ^ "Historia del Perro Pastor Garafiano" [Sejarah Anjing Gembala Garafía] (dalam bahasa Sepanyol). Santa Cruz de la Palma, Sepanyol: Asociación Española del Perro Pastor Garafiano. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 September 2024. Dicapai pada 15 Februari 2025.