Anjing pemburu rubah Inggeris
Anjing pemburu rubah Inggeris atau foxhound Inggeris[a] ialah salah satu daripada empat baka anjing pemburu rubah. Ia merupakan baka bersaudara kepada anjing pemburu rubah Amerika. Ia merupakan anjing pemburu bau yang dibiakbakakan untuk memburu rubah melalui bau.
![]() | |||||||||
Nama lain | Foxhound Inggeris Foxhound | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | England | ||||||||
| |||||||||
| |||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Perihal
suntingPenampilan
suntingPanduan piawaian baka untuk penunjukan anjing pemburu rubah Inggeris mensyaratkan tinggi 20–27 inci (51–69 cm) pada paras kelasa.[1] Tengkoraknya tebal dan muncung panjang. Tungkainya berotot, bertulang lurus, dan kakinya bulat, mirip kaki kucing. Anjing pemburu rubah hadir dengan mana-mana warna hound.[2]
Sejarah
suntingAnjing pemburu rubah Inggeris telah dibiakbakakan selama dua ratus tahun, dengan buku-buku pembaka yang bertarikh kembali sebelum tahun 1800.[1]
Semasa pemerintahan British di India, anjing pemburu rubah Inggeris dieksport ke India untuk tujuan pemburuan jakal,[3] walaupun oleh sebab cuaca yang agak lebih panas, ia jarang hidup lama.[4] Anjing pemburu rubah lebih dipilih untuk tujuan ini berbanding dengan grehaun, kerana anjing pemburu rubah tidak sepantas grehaun, dan oleh itu mampu mengejar dengan lebih lama dan lebih bersemangat.[5]
Buku-buku pembaka untuk anjing pemburu rubah Inggeris telah disimpan sejak abad ke-18.[6]
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو روبه ايڠݢريس; فوکسهاءون ايڠݢريس ; bahasa Inggeris: English foxhound
Rujukan
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Anjing pemburu rubah Inggeris |
- ^ a b "FCI-Standard N° 159 ENGLISH FOXHOUND" [Piawaian FCI No. 159 Anjing Pemburu Rubah Inggeris] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 3 Jun 2009. Dicapai pada 24 Disember 2023.
- ^ "Foxhound" [Foxhound] (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Dicapai pada 13 Julai 2024.
- ^ Sanderson, George Peress (2000). Thirteen Years Among the Wild Beasts of India [Tiga Belas Tahun sesama Binatang Liar di India] (dalam bahasa Inggeris). New Delhi, India: Asian Educational Services. ISBN 9788120614642. OCLC 47863320.
- ^ Cornish, Charles John; Selous, Frederick Courteney; Johnston, Henry Hamilton; Maxwell, Herbert Eustace (1902). The Living Animals of the World: A Popular Natural History [Haiwan Hidup di Dunia: Sejarah Semula Jadi Popular] (dalam bahasa Inggeris). 1. New York, New York, Amerika Syarikat: Dodd, Mead & Co.
- ^ Mivart, St. George Jackson (1890). Dogs, Jackals, Wolves, and Foxes: A Monograph of the Canidae [Anjing, Jakal, Serigala, dan Rubah: Monograf Canidae] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: R. H. Porter. OCLC 2671312.
- ^ von Pfetten, Jean Christophe; de Rothschild, Monique. "A History of the English Foxhound" [Sejarah Anjing Pemburu Rubah Inggeris] (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Poole, Clare. Covertside. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Januari 2017. Dicapai pada 24 Disember 2023.