Caixin
Caixin Media Company Ltd. (Bahasa Cina: 财新传媒) ialah kumpulan media yang berpangkalan di Beijing yang menyediakan berita dan maklumat kewangan dan perniagaan melalui majalah, kandungan dalam talian, peranti mudah alih, persidangan, buku dan rancangan TV/video. Caixin Media menerbitkan empat majalah, Caixin Weekly, China Reform, Comparative Studies dan Caixin - China Economics & Finance.
