Coimbatore (Tamil:கோயம்புத்தூர், kōyamputtūr, ta),juga dikenali sebagaiKovai (ta), adalah salah satu bandar metropolitan utama di negeri Tamil Nadu, India.Ia terletak di tebing Sungai Noyyal dan dikelilingi oleh Pergunungan Ghats Barat. Coimbatore ialah bandar kedua terbesar di Tamil Nadu selepas Chennai dari segi populasi dan merupakan kawasan aglomerasi bandar ke-16 terbesar di India berdasarkan banci 2011. Ia merupakan ibu pentadbiran Daerah Coimbatore dan ditadbir oleh Majlis Perbandaran Coimbatore yang ditubuhkan pada tahun 1981.

Coimbatore
கோயம்புத்தூர்
Map
Map
NegaraIndia
NegeriTamil Nadu
DaerahCoimbatore
perbandaran ("M.Corp")Coimbatore
Penduduk
 (2001)
 • Jumlah923,085
 • Celik huruf
719,042 (386,260 lelaki 332,782 perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
54% lelaki dan 46% perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
bawah 6 tahun101447 (2001)

Wilayah di sekitar Coimbatore diperintah oleh kerajaan Chera pada zaman Sangam antara abad ke-1 hingga ke-4 Masihi dan berfungsi sebagai pintu masuk timur ke Jurang Palakkad, laluan perdagangan utama antara pantai barat dan Tamil Nadu. Coimbatore terletak di sepanjang laluan perdagangan purba Rajakesari Peruvazhi yang merentang dari Muziris ke Arikamedu di India Selatan.Chola pertengahan menakluki Kongu Nadu pada abad ke-10 Masihi. Wilayah ini diperintah oleh Empayar Vijayanagara pada abad ke-15, diikuti oleh Dinasti Nayak Madurai yang memperkenalkan sistem Palayakkarar, di mana wilayah Kongu Nadu dibahagikan kepada 24 Palayam. Pada penghujung abad ke-18, wilayah Coimbatore berada di bawah Kerajaan Mysore, dan selepas kekalahan Tipu Sultan dalam Perang Anglo-Mysore, Syarikat Hindia Timur Inggerish menggabungkan Coimbatore ke dalam Kepimpinan Madras pada tahun 1799. Wilayah Coimbatore memainkan peranan penting dalam Perang Poligar Kedua (1801) apabila ia menjadi kawasan operasi Dheeran Chinnamalai.

Pada tahun 1804, Coimbatore ditubuhkan sebagai ibu kota bagi daerah Coimbatore yang baru dibentuk, dan pada tahun 1866, ia diberikan status perbandaran dengan Robert Stanes sebagai pengerusinya. Bandar ini mengalami lonjakan dalam industri tekstil pada awal abad ke-19 akibat kemerosotan industri kapas di Mumbai. Selepas kemerdekaan, Coimbatore mengalami pertumbuhan pesat akibat perindustrian dan kini menjadi salah satu pengeksport terbesar barangan kemas, pengisar basah, ternakan ayam, dan komponen automotif. "Coimbatore Wet Grinder" dan "Kovai Cora Cotton" telah diiktiraf sebagai Petunjuk Geografi oleh Kerajaan India. Sebagai hab industri tekstil di India Selatan, bandar ini dikenali sebagai "Manchester India Selatan."

Coimbatore telah disenaraikan sebagai bandar baru muncul terbaik di India oleh India Today dalam tinjauan tahunan 2014, menduduki tempat keempat dalam iklim pelaburan di kalangan bandar India oleh Confederation of Indian Industry (CII), dan ke-17 di antara bandar penyumberan luar global teratas oleh Tholons. Coimbatore telah dipilih sebagai salah satu bandar di India untuk dibangunkan sebagai bandar pintar di bawah Smart Cities Mission dan AMRUT oleh Kerajaan India. Coimbatore sering tersenarai dalam sepuluh bandar terbaik untuk didiami di India dan berada di antara tiga bandar paling selamat di India menurut laporan Biro Rekod Jenayah Kebangsaan (NCRB) pada tahun 2023.


Etimologi

sunting

Menurut satu teori, "Coimbatore" berasal daripada Kōvanputtūr (bermaksud 'bandar baru Kovan'), dinamakan sempena ketua Kovan atau Koyan,[2] yang kemudian berkembang menjadi Kōyamputtūr dan akhirnya diinggeriskan sebagai Coimbatore.[3]Teori lain menyatakan bahawa nama itu mungkin berasal daripada Kovaiamma. Perkataan ini berkembang daripada Koyamma, dewi yang disembah oleh Koyan, yang kemudian menjadi Koniamma dan akhirnya Kovaiamma.[4]

Geografi

sunting
 
Banjaran Gat Barat dilihat dari Lebuhraya Nasional Coimbatore-Palakkad

Coimbatore terletak di 11°1′6″N 76°58′21″E / 11.01833°N 76.97250°E / 11.01833; 76.97250 di selatan India pada ketinggian 427 m (1,401 kaki) dari paras laut, di tebing Sungai Noyyal, di barat laut Tamil Nadu. Ia meliputi kawasan seluas 642.12 km2 (247.92 bt2).[5]Ia dikelilingi oleh banjaran gunung Ghats Barat di bahagian barat dan utara, dengan hutan simpan Rizab Biosfera Nilgiri terletak di sebelah utara.Sungai Noyyal membentuk sempadan selatan bandar ini, yang mempunyai sistem takungan luas yang mendapat bekalan air dari sungai dan air hujan. Lapan takungan utama dan kawasan tanah lembap di Coimbatore ialah Singanallur, Valankulam, Ukkadam Periyakulam, Selvampathy, Narasampathi, Krishnampathi, Selvachinthamani, dan Kumaraswami. Beberapa aliran sungai kecil mengalirkan air buangan dari bandar ini.

Bandar ini terbahagi kepada dua kawasan geografi yang berbeza: bahagian timur yang kering, yang merangkumi sebahagian besar kawasan bandar, dan bahagian barat, yang bersempadan dengan Banjaran Nilgiris, Anaimalai, dan Munnar. Jurang Palghat, sebuah laluan gunung yang menghubungkan negeri jiran Kerala dengan Tamil Nadu, terletak di sebelah barat bandar ini.

Disebabkan lokasinya di hotspot biodiversiti Ghats Barat, yang merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO, Coimbatore kaya dengan flora dan fauna. Tanah lembap bandar Coimbatore menjadi habitat bagi kira-kira 116 spesies burung, di mana 66 adalah burung residen, 17 migrasi, dan 33 migrasi tempatan.[6]Burung seperti Undan Paruh Berbintik,Upih Sawah, Upih-Siput Asia, Sekendi, Itik Paruh Berbintik India, teal, dan Burung Kedidi Kaki Panjang sering mengunjungi tanah lembap Coimbatore semasa musim migrasi mereka.

Selain spesies yang biasa ditemui di kawasan dataran, terdapat juga pelbagai spesies terancam dan hampir pupus di rantau ini, termasuk gajah India, babi hutan, harimau bintang, Harimau Benggala, Seladang, kambing Gurun Nilgiri, Beruang Sloth, dan black-headed oriole.

Pengakutan

sunting
 
Lapangan Terbang Coimbatore

Bandar ini dilayani oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Coimbatore(IATA: CJBICAO: VOCB) yang terletak di Peelamedu, kira-kira 10 km (6.2 batu) dari pusat bandar.Lapangan terbang ini dikendalikan oleh Pihak Berkuasa Lapangan Terbang India (AAI) dan menyediakan penerbangan domestik ke bandar-bandar utama di India serta penerbangan antarabangsa ke Sharjah dan Singapura.

Sehingga tahun 2023-24, lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang kedua terbesar di Tamil Nadu dari segi jumlah penumpang yang dikendalikan.

 
Coimbatore Junction, Stesen kereta api tersibuk di bandar ini

Perkhidmatan kereta api di Coimbatore bermula pada tahun 1861, dengan pembinaan laluan Podanur – Madras yang menghubungkan Kerala dan pantai barat dengan seluruh India.Coimbatore terletak di laluan Jolarpettai–Shoranur, iaitu landasan meter lebar 5 kaki 6 inci (1,676 mm). Bandar ini berada di bawah bahagian Salem dalam zon Kereta Api Selatan bagi Indian Railways.

Stesen kereta api utama di bandar ini ialah Stesen Persimpangan Coimbatore, yang merupakan stesen kedua tertinggi dalam penjanaan pendapatan di Zon Kereta Api Selatan, selepas Chennai Central. Ia juga termasuk dalam seratus stesen tempahan tertinggi dalam rangkaian Kereta Api India.Stesen kereta api utama lain yang melayani bandar ini termasuk Persimpangan Coimbatore North, Persimpangan Podanur, serta beberapa stesen kecil di Peelamedu, Singanallur, Persimpangan Irugur, Perianaikanpalayam, Madukkarai, Somanur, dan Sulur.

Rujukan

sunting
  1. ^ Chapter 3, Little Village of India (PDF) (Laporan). Central Pollution Control Board, Govt of India. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 September 2015. Dicapai pada 9 December 2017.
  2. ^ "Coimbatore to be known by its old name-Koyampuththoor". BBC Tamil. 14 October 2019. Dicapai pada 14 October 2019.
  3. ^ "Coimbatore: turning modern, yet retaining its old charm". The Hindu. 11 June 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 October 2015. Dicapai pada 11 June 2020.
  4. ^ Whitehead, Henry (1921). The Village Gods of South India. Read Books. m/s. 121–2. ISBN 978-1-4067-3214-6.
  5. ^ "INDIA: Tamil Nādu". citypopulation.de. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 March 2016. Dicapai pada 4 March 2016.
  6. ^ "Conservation of bird life". International Conference on CBEE, 2009. World Scientific Publishing Company. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 August 2011. Dicapai pada 9 May 2011.

Pautan luar

sunting