Dancehall adalah suatu genre muzik pop yang khususnya dalam Jamaika. Ia dahulunya dikembangkan dalam kalangan masyarakat darjat bawahan dan buruh ibu kota Kingston lewat 1970-an ke 1980-an yang tidak berkemampuan terlibat dalam kegiatan bergaul di tempat-tempat mahal[1] sebaliknya hanya mampu berhibur di "dewan tari" (dance hall) khas yang dilengkapi sistem siar raya yang murah kos (dan adakala senang menjana pendapatan seperti kedai-kedai jual arak) dan boleh mengolahkan muzik mengikut kehendak dan citarasa pengacara.[2][3]

Lagu-lagu pertama dalam genre ini asalnya dari "melembutkan" unsur-unsur muzik reggae yang lazim masyhur serata negara pulau itu telah mendominasi sebahagian besar dekad 1970-an.[4][5] Walau bagaimanapun, intipati senikatanya lebih lantang malah berbahasa kasar tajam terhadap masyarakat semasa dianggap terlalu sensitif untuk penyiaran radio milik kerajaan—lagu-lagu ini hanya mula diketahui ramai melalui persembahan langsung dan rakaman atas permintaan.[6]

Genre ini mula tersebar seluruh dunia seiring masyhurnya Sean Paul dengan album "Dutty Rock"nya pada 2002.[7]

Sebuah lagu dalam genre terdiri daripada suatu rentak asas yang kuat menggegarkan diberi nama khusus riddim dimainkan seorang selector ("pemilih") sambil seorang pengacara atau deejay melontar rancak lirik-liriknya (toasting, "menyorak") dengan adakala mengajuk bunyi sampingan secara laju (peps).[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ Carolyn Cooper. Sound clash: Jamaican dancehall culture at large. ISBN 978-1-4039-6424-3.
  2. ^ a b Brewster, Bill; Broughton, Frank (2014). Last Night a DJ Saved My Life: the History of the Disc Jockey. New York: Grove Press. m/s. 119-24. ISBN 978-0-8021-4610-6.
  3. ^ Thompson, Dave (2002) "Reggae & Caribbean Music", Backbeat Books, ISBN 0-87930-655-6
  4. ^ Wake the town & tell the people: dancehall culture in Jamaica By Norman C. Stolzoff
  5. ^ Barrow, Steve & Dalton, Peter (2004) "The Rough Guide to Reggae, 3rd edn.", Rough Guides, ISBN 1-84353-329-4
  6. ^ Potash, Chris (1997). Reggae, Rasta, revolution : Jamaican music from ska to dub. New York: Schirmer Books. m/s. 189–191. ISBN 9780028647289.
  7. ^ Rouhani, Neena (2022-03-23). "The Dancehall Album Heard 'Round the World: Sean Paul Talks 20 Years of 'Dutty Rock' & Announces New 'Scorcha' LP". Billboard (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-06.

Pautan luar

sunting