Dato' Baginda Luak Johol
Yang Amat Mulia Dato' Baginda Luak Johol (sebelum ini Dato' Baginda Tan Mas) ialah sebuah jawatan pembesar adat bagi Luak Johol di Negeri Sembilan. Ia berperanan sebagai Timbalan Dato' Undang Luak Johol[1] dan penyandangnya merupakan pewaris utama bagi jawatan pemerintah adat tersebut. Penyandang jawatan terkini ialah Yang Amat Mulia Dato' Baginda Luak Johol Haji Sahabudin bin Haji Ibrahim[2]..
Penjawatan
suntingPenjawatan Dato' Baginda sama seperti penggiliran jawatan Dato' Undang Luak Johol yang mengikut penggiliran daripada Suku Biduanda Waris Johol (Waris Johol di Baruh & Waris Johol di Bukit) dan Waris Gemencheh. Jawatan Dato' Undang Luak Johol dan Dato' Baginda Luak Johol diisi berdasarkan giliran bagi Waris Johol dan Waris Gemencheh. Sekiranya Dato' Undang dilantik daripada Waris Johol, maka jawatan Dato Baginda akan diisi oleh Waris Gemencheh dan seterusnya. Kedua-dua jawatan tersebut tidak disandang oleh waris yang sama.
Bagaimanapun, sejak 2016, keputusan dibuat secara sebulat suara oleh pembesar-pembesar Luak Johol dan Suku Biduanda Waris Johol bahawa giliran menyandang Dato' Undang Luak Johol dan Dato Baginda Luak Johol dilakukan antara Suku Biduanda Waris Johol di Baruh & Waris Johol di Bukit sahaja.
Senarai Dato' Baginda Luak Johol
suntingNo | Nama | Waris | Tahun lantikan |
---|---|---|---|
Dato' Muda Johol | |||
1 | Dato' Nuri | Johol | |
2 | Dato' Abu Bakar Gobah | Johol | |
3 | Dato' Saeto Puteh [Eto] | Johol | |
Dato' Baginda Tan Mas | |||
4 | Dato' Wan Omar Wan Hassan | Gemencheh | 1900 - 1901 |
5 | Dato' Kamat Haji Sulaiman | Johol (Baruh) | 1915 -1918 |
6 | Dato' Abdul Manap Tolok | Gemencheh | 1941 - 1947 |
7 | Dato' Haji Abdul Majid Abdul Wahid | Johol (Bukit) | 1948 - 1973 |
8 | Dato' Haji Abdul Rahman Mat Som | Gemencheh | 1974 - 1985 |
9 | Dato' Abdul Ali | Johol (Baruh) | 1985 - 1988 |
10 | Dato' Mohd Jan Abdul Ghani | Gemencheh | 1988 - 2007 |
11 | Dato' Muhammad Abdullah | Johol (Bukit) | 2007 - 2016 |
Dato' Baginda Luak Johol | |||
12 | Haji Sahabudin Haji Ibrahim | Johol (Perut) | 2017 - kini |
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Bernama (April 6, 2017). "Isu Balai Undang Johol: Kerajaan Negeri Sembilan potong bekalan air, elektrik". Astro Awani. Dicapai pada 16 Disember 2021.
- ^ Amran Yahya (September 16, 2019). "Adat Perpatih's 'Berkadim' ceremony gives insight into a unique matrilineal society". NST. Dicapai pada 16 Disember 2021.