Drogba & Rooney merupakan telefilem komedi yang dihasilkan pada 2010 dan disiarkan di saluran Astro Prima yang dibintangi oleh Johan dan Zizan. Tajuk telefilem ini diinspirasikan dari nama bintang bolasepak Wayne Rooney dan Didier Drogba.

Drogba & Rooney
GenreKomedi
FormatTelefilem
PengarahBade Hj. Azmi
Dibintangi oleh
Zizan Razak
Johan Raja Lawak
Penerbitan
PenerbitOrissa Baharum
Tempoh siaran1 jam 35 minit
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima

Di bangku sekolah, Johan dan Zizan adalah 2 sahabat karib yang menggilai sukan bolasepak. Mereka mencari pelbagai helah dan ikhtiar untuk memastikan mereka dapat menonton pasukan kegemaran mereka.

10 tahun berlalu, mereka bekerja di sebuah resort sebagai pengemas bilik hotel dan staff unit rekreasi hotel.

Wang simpanan mereka semakin cukup untuk membiayai kos perjalanan mereka ke England. Di tengah Kota London, mereka terserempak dengan Yatie, kawan lama mereka sewaktu zaman sekolah. Yatie menjadi tukang tunjuk arah kepada mereka yang tidak biasa selok belok London.

Malang sekali disebabkan tidak biasa dengan prosedur pembelian tiket di EPL yang mengutamakan pemegang tiket bermusim (season pass) maka hasrat mereka untuk menyaksikan bintang pujaan mereka terbatal.

Lalu terjadi pertelingkahan di antara mereka berdua. Yatie, menjadi orang tengah menyatukan mereka semula.

Pada hari sepatutnya mereka terbang kembali ke Malaysia, keduanya terlajak tidor dan terlepas penerbangan. Keadaan bertambah buruk apabila mereka kehabisan wang.

Mereka bekerja di restoran 'Tuk Din' milik rakyat Malaysia di London. Disamping itu, mereka turut menjalankan kerja-kerja lain bagi menjana pendapatan seperti bermain muzik di jalanan dan mengambil upah sebagai caddy di kelab golf.

Johan berjaya pulang tetapi tidak Zizan, gara gara wang simpanan terkumpul hanya cukup untuk membeli satu tiket penerbangan sahaja.

Pelakon

sunting

Trivia

sunting
  • Zizan memang seorang penyokong Manchester United. Johan pula menyokong musuh Chelsea juga pasukan asal Kota London, iaitu Arsenal.
  • Lokasi penggambaran pula di Permaisuri Hotel and Resort Port Dickson, Negeri Sembilan dan SMA (JAIM) Darul Falah, Kuala Sungai Baru, Melaka untuk babak di zaman persekolahan. Untuk babak di Kota London, MARA Hotel dan Malaysia Hall menjadi penaja lokasi.

Rujukan

sunting

Pautan Luar

sunting