Dryas Tertua[a] merupakan lapisan subdivisi biostratigrafi yang berpadanan dengan peristiwa penyejukan iklim yang agak mendadak, atau stadial, yang berlaku semasa pengunduran glasier terakhir.[1][2] Tempoh masa yang berpadanan dengan lapisan itu kurang ditakrifkan dan berbeza-beza antara beberapa kawasan,[1] tetapi biasanya ditarikhkan bermula pada 18.5–17 ribu tahun (ka) sebelum masa kini (SK) dan berakhir 15–14 ka SK.[3][4][5][6][7] Seperti peristiwa Dryas Muda dan Dryas Tua, lapisan stratigrafi ditandakan dengan kewujudan begitu banyak debunga dan sisa-sisa Dryas octopetala, yakni spesies penunjuk yang menjajah kawasan artik-alp. Penamatan peristiwa Dryas Tertua ditandakan dengan pengeluaran isotop oksigen secara mendadak, yang telah diperhatikan di banyak tapak di Alps yang sepadan dengan selang masa ini.[8]

Dryas octopetala ialah spesies penunjuk untuk tempoh tersebut

Di Banjaran Alps, Dryas Tertua berpadanan dengan tempoh stadial Gschnitz glasiasi Würm. Istilah ini pada asalnya ditakrifkan khusus untuk rekod daratan di wilayah Scandinavia, tetapi telah digunakan untuk kedua-dua stratigrafi teras ais di kawasan seluruh dunia, dan merujuk kepada tempoh masa itu sendiri dan pembalikan sementara yang berkaitan dengan pengunduran glasier.[1]

Di Semenanjung Iberia, glasier-glasier di Pyrenees, Sierra Nevada, Banjaran Tengah dan Pergunungan Barat Laut yang hampir keseluruhannya hilang pada 17,500 BP mula menjangkau sekali lagi. Antara 16,800 dan 16,500 BP, glasier ini secara tiba-tiba menjangkau ke lembah pergunungan dan memendapkan morain berhampiran morain yang terbentuk semasa Maksimum Glasier Terakhir. Glasier ini kemudiannya mula berayun liputannya antara penjangkauan dan pengunduran sehingga penjangkauan glasier akhir berlaku pada 15,500 BP. Seribu tahun kemudian, berikutan pengunduran glasier umum, glasier alpine ini mengecil sehingga hanya menjangkau liputan pada sirk sahaja.[9]

Lihat juga

sunting
  1. ^ A widely-employed nomenclature for climatic change during the last glacial termination is the sequence Oldest Dryas (stadial), Bølling oscillation, Older Dryas (relatively cool), Allerød oscillation, and Younger Dryas (stadial). Tatanama yang digunakan secara meluas untuk perubahan iklim semasa fasa penamatan glasier terakhir ialah dengan susunan bermula dengan Dryas Tertua (stadial), Tempoh Ayunan Bølling, Dryas Tua (agak sejuk), Tempoh Ayunan Allerød dan Dryas Muda (stadial).

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c Rasmussen, Sune O.; Bigler, Matthias; Blockley, Simon P.; Blunier, Thomas; Buchardt, Susanne L.; Clausen, Henrik B.; Cvijanovic, Ivana; Dahl-Jensen, Dorthe; Johnsen, Sigfus J. (December 2014). "A Stratigraphic Framework for Abrupt Climatic Changes during the Last Glacial Period Based on Three Synchronized Greenland Ice-core Records: Refining and Extending the INTIMATE Event Stratigraphy". Quaternary Science Reviews. Amsterdam: Elsevier. 106: 14–28. Bibcode:2014QSRv..106...14R. doi:10.1016/j.quascirev.2014.09.007. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  2. ^ Hoek, Wim (2009). "Bølling-Allerød Interstadial". Dalam Gornitz, Vivien (penyunting). Encyclopedia of Paleoclimatology and Ancient Environments. Dordrecht: Springer. ISBN 978-1-4020-4551-6. Dicapai pada 15 January 2021.
  3. ^ Carlson, Anders E.; Winsor, Kelsey (26 August 2012). "Northern Hemisphere Ice-sheet Responses to Past Climate Warming" (PDF). Nature Geoscience. London: Nature Portfolio. 5 (9): 607–613. Bibcode:2012NatGe...5..607C. doi:10.1038/NGEO1528. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 30 August 2021. Dicapai pada 5 July 2019.
  4. ^ Clark, P. U.; Shakun, J. D.; Baker, P. A.; Bartlein, P. J.; Brewer, S.; Brook, E.; Carlson, A. E.; Cheng, H.; Kaufman, D. S. (13 February 2012). "Global Climate Evolution during the Last Deglaciation". Proceedings of the National Academy of Sciences. Washington: National Academy of Sciences. 109 (19): E1134–E1142. doi:10.1073/pnas.1116619109. PMC 3358890. PMID 22331892.
  5. ^ Roberts, Neil (2014). The Holocene: An Environmental History (ed. 3rd). Oxford: John Wiley & Sons. m/s. 98. ISBN 978-1-4051-5521-2.
  6. ^ Shakun, Jeremy D.; Carlson, Anders E. (July 2010). "A Global Perspective on Last Glacial Maximum to Holocene Climate Change" (PDF). Quaternary Science Reviews. Amsterdam: Elsevier. 29 (15–16): 1801–1816. Bibcode:2010QSRv...29.1801S. doi:10.1016/j.quascirev.2010.03.016. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 December 2015. Dicapai pada 5 July 2019.
  7. ^ Zheng, Yanhong; Pancost, Richard D.; Liu, Xiaodong; Wang, Zhangzhang; Naafs, B.D.A.; Xie, Xiaoxun; Liu, Zhao; Yu, Xuefeng; Yang, Huan (2 October 2017). "Atmospheric Connections with the North Atlantic Enhanced the Deglacial Warming in Northeast China". Geology. Boulder: Geological Society of America. 45 (11): 1031–1034. Bibcode:2017Geo....45.1031Z. doi:10.1130/G39401.1. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
  8. ^ Eicher, U.; Siegenthaler, U.; Wegmüller, S. (20 January 2017). "Pollen and Oxygen Isotope Analyses on Late- and Post-Glacial Sediments of the Tourbière de Chirens (Dauphiné, France)". Quaternary Research. 15 (2): 160–170. doi:10.1016/0033-5894(81)90102-2. Dicapai pada 14 April 2023.
  9. ^ Palacios, David; De Andrés, Nuria; Gómez-Ortiz, Antonio; García-Ruiz, José M. (18 January 2016). "Evidence of glacial activity during the Oldest Dryas in the mountains of Spain". Geological Society, London, Special Publications. 433: 87–110. doi:10.1144/sp433.10. Dicapai pada 15 April 2023.

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting