Gelongsoran lumpur Badakhshan 2014
Pada 2 Mei 2014, dua gelongsoran lumpur berlaku di daerah Argo, Badakhshan, Afghanistan dan ia menyebabkan 350 orang terbunuh[1] dan 2,500 mangsa dikhuatiri hilang. Sekitar 300 buah rumah tertimbus dan sejumlah 1,000 lagi terjejas. Pasukan penyelamat bertindak balas terhadap gelongsoran awal sebelum usaha menyelamat terjejas disebabkan kejadian gelongsoran kedua.

Gambaran
suntingDua gelongsoran lumpur berlaku di Argo, Badakhstan pada 2 Mei 2014, dimana ia berlaku di sisi sebuah gunung.[2] Pada minggu sebelumnya, hujan yang mencurah dan banjir telah berlaku di bahagian utara Afghanistan.[3] Gelongsoran lumpur itu dilaporkan telah memberi kesan sama ada kepada kampung Aab Barik atau Hargu.[4] Seribu buah rumah terjejas, 300 lagi tertimbus dibawah "beribu-ribu tan tanah dan batu", yang membentuk ombak lumpur yang memusnahkan segalanya di laluannya".[5] 350 orang dilaporkan terbunuh dan 2,500 orang lagi hilang.[3]
Gelongsoran lumpur pertama berlaku pada 11:00 pagi - 1:00 petang hari Jumaat dimana ramai keluarga ketika itu mungkin berada di rumah berbanding di tempat kerja.[2][6] Penduduk kampung cuba untuk menyelamatkan mereka yang terperangkap dalam gelongsoran itu, tetapi gelongsoran kedua berlaku dan menyebabkan "sebahagian besar" penyelamat itu terperangkap atau terbunuh.[3][5] Kejadian itu menjadikan kawasan kampung berada dibawah 10 hingga 30 meter (33 hingga 98 ka) lumpur.[5]
Satu kompeni angkatan tentera Afghanistan telah dihantar ke kawasan itu untuk membantu pasukan penyelamat. Beberapa kampung berhampiran dipindahkan selepas kebimbangan berlakunya gelongsoran tanah lagi.[7]
Rujukan
sunting- ^ "Tanah runtuh: 350 maut di Afghanistan". Sinar Harian. 3 Mei 2014. Dicapai pada 3 Mei 2014.
- ^ a b "Afghanistan landslide 'kills at least 350'" (dalam bahasa Inggeris). BBC News. 2 Mei 2014. Dicapai pada 2 Mei 2014.
- ^ a b c Stancati, Margherita and Khan Totakhhil, Habib (2 Mei 2014). "Up to 2,500 Buried in Afghan Landslides". The Wall Street Journal (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mei 2014.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Vergano, Dan (2 Mei 2014). "Mudslide Buries More Than 350 in Afghan Village". National Geographic (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mei 2014.
- ^ a b c Graham-Harrison, Emma (2 Mei 2014). "Afghanistan mudslides: hundreds feared dead". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mei 2014.
- ^ Shah, Amir and Faiez, Rahim (2 Mei 2014). "Landslide in Afghanistan Kills at Least 350" (dalam bahasa Inggeris). ABC News. Dicapai pada 2 Mei 2014.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Shah, Amir (2 Mei 2014). "Afghan official says 2,000 missing after landslide". Yahoo! News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 Mei 2014.