Geng UPSR (musim pertama)
Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Musim pertama Geng UPSR, sebuah drama bersiri yang bertemakan komedi dan pendidikan di Malaysia yang bersiaran melalui Astro Tutor TV. Siri ini disiarkan pada hari Jumaat pukul 4 petang. Selepas episod kelima, waktu penyiarannya ditukar kepada hari Sabtu pukul 6 petang.
Geng UPSR | |
---|---|
Musim 1 | |
Negara asal | Malaysia |
Bil. episod | 10 |
Keluaran | |
Rangkaian | Astro Tutor TV |
Tarikh siaran | 12 Jun – 29 Ogos 2015 |
Kronologi musim |
Pelakon
sunting- Sheikh Abdul Baseer sebagai Hud
- Wafiy Ilhan sebagai Adnan
- Erissa Puteri sebagai Dina
- Danish Zakwan sebagai Felix
- Rafael El Arash sebagai Kamil
- Elyn Leong sebagai Teoh Mei Yee
- Daiyan Trisha sebagai Kak Zulaika
- Ewal Ismail sebagai Abang Razlan
- Aznil Nawawi sebagai Guru Besar
Episod
suntingBerikut adalah senarai episod yang disiarkan pada musim pertama.
Siri | Tajuk | Tarikh penyiaran |
---|---|---|
1 | "Baling batu sembunyi tangan" | 12 Jun 2015 |
2 | "Bulat air kerana pembetung" | 19 Jun 2015 |
3 | "Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran" | 26 Jun 2015 |
4 | "Tiada rotan akar pun berguna" | 3 Julai 2015 |
5 | "Kayu yang banyak akarnya, tak takutkan ribut" | 10 Julai 2015 |
6 | "Putih kapas boleh dilihat, putih hati berkeadaan" | 1 Ogos 2015 |
7 | "Jangan bawa resmi jagung, makin berisi makin tegak, Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk" | 8 Ogos 2015 |
8 | "Kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga" | 15 Ogos 2015 |
9 | "Bagai aur ditarik songsang" | 22 Ogos 2015 |
10 | "Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya" | 29 Ogos 2015 |