Habib Rizieq
Habib Mohammad Rizieq bin Husein Shihab atau popular dengan panggilan Habib Rizieq Shihab (lahir di Jakarta, 24 Ogos 1965) ialah ulama dari Indonesia dan salah seorang daripada pengasas utama , Front Pembela Islam (FPI). Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Umum Majlis Tanfidzi Dewan Pimpinan Pusat FPI dari tahun 2003-2008. Habib Rizieq ialah keturunan Nabi Muhammad SAW. Walaupun pengikut Habib Rizieq kebanyakan adalah dalam kalangan orang tempatan, namun FPI sendiri pernah disokong oleh 15 juta orang penyokong.[1].
Habib Rizieq Shihab | |
---|---|
مُحَمَّد رِزْق شِهَاب حبيب | |
![]() | |
Kelahiran | |
Warganegara | Indonesia |
Nama lain | Imam Besar Habib Rizieq Shihab |
Pusat pendidikan | Universiti Raja Saud Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Universiti Sains Islam Malaysia |
Pekerjaan | Ulama |
Tahun aktif | 1998‒kini |
Terkenal kerana | Pengasas Front Pembela Islam |
Pasangan | Fadlun Yahya |
Anak-anak | 7 |
Ibu bapa | Hussein Shihab (bapa) Sidah Alatas (ibu) |
Laman web rasmi | http://www.habibrizieq.com/ |
Berasal dari pesantren FPI adalah Pesantren Al-Umm, namun hampir seluruh aktiviti FPI berasal dari markasnya dirumah Petamburan, dekat rumah Habib Rizieq.
Kontroversi
suntingPada bulan Jun 2008, Rizieq telah ditangkap sebagai suspek yang terlibat dalam Insiden Monas dan telah ditahan menurut undang-undang Indonesia Fasal 221 KUHP tentang melindungi atau menyembunyikan pelaku kejahatan, fasal permusuhan dan penghasutan, serta organisasi yang kerap melakukan aksi anarki. Sementara itu, anggota-anggota FPI yang lain turut ikut ditahan berdasarkan fasal 170 KUHP tentang penyerangan.[2]
Pendidikan dan pengalaman pertubuhan
sunting- SDN 1 Petamburan, Jakarta (1975)
- SMP 40 Pejompongan, Jakarta
- SMP Kristen Bethel Petamburan, Jakarta (1979)[2][3]
- SMAN 4, Gambir, Jakarta
- SMA Islamic Village, Tangerang (1982)
- Pernah belajar di LIPIA (Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab), Jakarta [4].
- Diploma Bahasa Arab, Arab Saudi [2]
- Sarjana Pendidikan Hukum Islam, Universiti Raja Saud, Riyadh, Arab Saudi[2]
- Ijazah Sarjana (Shariah), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Program Kedoktoran (Dakwah), Universiti Sains Islam Malaysia
Rujukan
sunting- ^ (Indonesia) Gatra versi cetak
- ^ a b c d (Indonesia)Keterangan Foto Harian Sore Suara Pembaruan: Habib Rizieq Ditahan, Munarman Diminta Menyerah. Kamis 5 Jun 2008. Halaman Utama.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-05. Dicapai pada 2010-01-09.
- ^ {en}}James J Fox. Makalah Islam Kontemporer di Indonesia, 2004