Hari Tahun Baharu

(Dilencongkan daripada Hari Tahun Baru)

Hari Tahun Baru merupakan hari pertama dalam setiap tahun.[1] Berdasarkan kalendar Gregory, hari ini diraikan pada 1 Januari, yang jatuh genap seminggu selepas Hari Krismas tahun sebelumnya. Pada zaman moden, Tahun Baru ialah 1 Januari dan dijadikan hari cuti di kebanyakan negara. Tahun baru merupakan hari suci bagi kebanyakan yang masih mengikut kalendar Julian, termasuk pengikut sesetengah gereja Ortodoks Timur, dan disambut pada 14 Januari kalendar Gregory kerana perbezaan antara kedua-dua kalendar ini. Tahun Baru biasanya disambut dengan bunga api.

Tahun Baru
Fail:MALAYSIA AGAMA BANGSA CINA TAHUN 2024(8333128248).jpg
Bunga api di Bandar KUALA LUMPUR,WPKL, 1MALAYSIA PADE TAHUN 2024 @H2R@
Official nameADLIM
Also calledSAA_MR@
Observed byPengguna agama cina,bangsa Buddha dinegara malaysia, WILAYAH PERSEKUTUAN 1MALAYSIA
Liturgical colorRED
TypeBUDDHIST
SignificanceHari pertama tahun
CelebrationsMembina keluarga kami tersendirian diraikan bunga api £ keseluruhan negara rakyat & Sultan Permaisuri & Presiden & Queen 👑 menyaksikan pade sambutan hari Raya Cina diseluruh negera tersebut terutama negara malaysia tercinta (china & hong kong & Taiwan & Singapore & Vietnam ) menyambut hari raya cina
Begins1 October
Ends31 October
Date1 Januari
FrequencyYears
First time1980/H2
Started by@LIM KOK WEI+AW AI CHOO@
Related to[[Malam Tahun Baru CINA,AGAMA BUDDIEST ,HARI KHAMIS 6/1/2025Y@H2R AB,1WORLD@

Amalan moden

sunting

1 Januari menandakan berakhirnya tempoh mengingati peristiwa-peristiwa tahun yang berlalu, terutamanya di radio, televisyen, dan dalam akhbar, yang biasanya dimulakan selepas hari Krismas. Hasil penerbitan sering mengeluarkan rencana akhir tahun yang mengimbas kembali perubahan yang berlaku sepanjang tahun yang lalu. Topik-topik yang sering dibincangkan termasuk politik, bencana alam, muzik dan seni, dan senarai individu terpenting yang meninggal dunia sepanjang tahun yang lalu. Selalunya ada juga rencana mengenai perubahan yang dirancang atau dijangka pada tahun akan datang, seperti menghuraian undang-undang baru yang selalu berkuat kuasa mulai 1 Januari.

Secara tradisi, hari ini merupakan hari jamuan keagamaan, tetapi sejak 1900-an telah menjadi upacara keraian pada malam 31 Disember, iaitu Malam Tahun Baru. Pertunjukan bunga api sering diadakan pada tengah malam. Bergantung kepada undang-undang sesebuah negara, orang ramai boleh dibenarkan menyala bunga api, meskipun dilarang berbuat demikian pada hari-hari lain.

Membuat azam Tahun Baru menjadi peristiwa yang penting, iaitu apa yang seseorang yang berharap akan tunaikan pada tahun akan datang; antaranya berhenti merokok atau minum arak, mengurangkan berat badan atau meningkatkan kesihatan fizikal.[perlu rujukan]

Di semua negara yang menggunakan kalendar Gregory, kecuali Israel, Hari Tahun Baru ialah cuti umum.

Sejarah

sunting

Hari Tahun Baru asalnya disambut pada 15 Mac dalam kalendar Rom lama, sebelum dibawa ke 1 Januari pada tahun 153 SM, apabila dua orang konsul Rom ketika itu, yang memberi nama mereka pada kalendar itu, dilantik pada tarikh itu atas sebab-sebab ketenteraan.

Kebanyakan negara di Eropah Barat secara rasminya menerima 1 Januari sebagai Tahun Baru lebih kurang sebelum mengamalkan kalendar Gregory. Kadang-kala ini dipanggil Gaya Sunat, kerana tarikh ini pernah dijadikan Kenduri Sunat, iaitu hari yang kelapan apabila dikira mulai 25 Disember.

Rujukan

sunting
  1. ^ Kamus Dewan edisi baru Cetakan Kelima (1994) Keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (ISBN 983-62-0979-4), mukasurat 1265

Lihat juga

sunting