Hortaya borzaya
Hortaya borzaya,[a] chortai, atau chortaj, ialah satu baka anjing pemburu penglihatan dari Ukraine dan Rusia.
![]() | |
Nama lain | Chortai Chortaj Grehaun timur Grehaun Rusia |
---|---|
Negara asal | Ukraine, Rusia |
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Chortai dikatakan menyerupai silangan antara grehaun dengan borzoi berbulu pendek sebagai hound pelari yang terbina dengan agak berat tetapi tetap memaparkan ciri-ciri tipikal anjing pemburu penglihatan.[1][2]
Chortai dipercayai telah dikembangkan daripada baka krymskaja dan gorskaja yang kini pupus dan merupakan baka kegemaran kebangsawanan Rusia; seekor dipamerkan di Zoo London pada tahun 1829 sebagai grehaun Rusia walaupun sebaliknya ia jarang pernah terlihat di luar negaranya sendiri.[2][3] Selepas Revolusi Oktober, saki-baki daripada kenel terbiar milik kebangsawanan disilangkan secara meluas dengan keragaman hound tempatan yang menghasilkan yang kini dikenali sebagai anjing pemburu steppa Rusia Selatan, lalu baka ini mendapat pengiktirafan daripada pihak berkuasa Soviet di Kongres Kinologi di Moscow pada tahun 1952.[1][2][3] Bilangan baka ini semakin berkurang di bawah Kesatuan Soviet sehingga tahap kepupusan hampir, tetapi dengan kejatuhan Kesatuan Soviet, terdapat minat baharu terhadap baka prarevolusi di dalam Rusia dan percubaan telah dibuat untuk menyelamatkan baka ini.[3]
Chortai biasanya berburu dengan cara tradisional Rusia, iaitu dengan pemburu yang berkuda dan diiringi oleh sepasang anjing pemburu dan seekor burung pemangsa.[2]
Lihat juga
suntingCatatan
suntingRujukan
sunting- ^ a b Alderton, David (1987). The Dog: The Most Complete, Illustrated, Practical Guide to Dogs and Their World [Anjing: Panduan Amali Berilustrasi Paling Lengkap untuk Anjing dan Dunianya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: New Burlington Books. m/s. 50. ISBN 9780948872136. OCLC 16631237.
- ^ a b c d Morris, Desmond (2002). Dogs: The Ultimate Dictionary of Over 1,000 Dog Breeds [Anjing: Kamus Muktamad Lebih daripada 1,000 Baka Anjing] (dalam bahasa Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. m/s. 113. ISBN 9781570762192. OCLC 859060407.
- ^ a b c Fogle, Bruce (2009). The Encyclopedia of the Dog [Ensiklopedia Anjing] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 84. ISBN 9780756660048. OCLC 697506545.