Hospital Sultanah Bahiyah
Hospital Sultanah Bahiyah adalah sebuah hospital kerajaan di Kedah yang dibina bagi menggantikan Hospital Alor Star untuk menampung pesakit yang meningkat. Ia terletak di Jalan Langgar, Alor Setar, kira-kira 6 km dari pusat bandar.
Hospital Sultanah Bahiyah | |
---|---|
Kerajaan | |
![]() | |
Alor Setar, Kedah | |
Nama | |
Dinamakan sempena | Tuanku Bahiyah ![]() |
Organisasi | |
Pembiayaan | Hospital kerajaan/pemerintah |
Jenis | Klinik Pakar |
Sejarah | |
Dibuka | 29 September 2007 |
Perangkaan | |
Katil | 856 |
Pautan luar | |
Tapak sesawang | Laman web rasmi Hospital Sultanah Bahiyah |
![]() | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Hospital Sultanah Bahiyah telah mula beroperasi pada 29 September 2007 setelah proses pemindahan keseluruhan operasi telah siap sepenuhnya dari Hospital Alor Setar ke hospital baru. Hospital ini terletak di atas tanah seluas 28.33 hektar dengan keluasan kompleks hospital adalah 110,200m2. Jarak hospital ini adalah 6km dari pusat bandaraya Alor Setar dan kompleks hospital ini dapat dilihat dengan jelas dari Lebuhraya Utara Selatan (susur keluar Alor Setar Utara). Hospital baru ini telah menggantikan Hospital Alor Setar di mana hospital lama telah diberikan nama sebagai Hospital Sultanah Bahiyah Cawangan Lebuhraya Darulaman.
Sebagai hospital negeri, hospital ini menjadi rujukan 12 Klinik Kesihatan di Daerah Kota Setar / Pendang, 8 hospital kerajaan dan 11 hospital swasta. Hospital ini turut dilengkapi dengan Total Hospital Information System (THIS) yang mana operasi hospital dilaksanakan secara online. Kompleks hospital terbahagi kepada 4 bangunan utama iaitu Blok Sokongan Perubatan (menempatkan Klinik Pakar), Blok Wad, Blok Utama dan Blok Sokongan Bukan Perubatan (menempatkan Pejabat Pengurusan).
Sehingga April 2011, hospital ini beroperasi dengan katil rasmi sebanyak 856 buah di mana 743 buah ditempatkan di Hospital Sultanah Bahiyah dan selebihnya adalah di Hospital Sultanah Bahiyah Cawangan Lebuhraya Darulaman. Hospital ini dilengkapi dengan 12 Dewan Bedah, 6 Bilik Bedah Rawatan Harian dan 13 Bilik Bersalin.
Perkhidmatan kepakaran yang disediakan adalah seperti berikut :
- Perubatan Am (Gastroentrologi, Nefrologi, Kardiologi, Perubatan Respiratori, Dermatologi dan Penyakit Berjangkit.
- Pembedahan Am (Kolorektal, Pembedahan Pediatrik, Plastik dan Rekonstruktif, Urologi, Hepatopankreatobiliari dan Neurosurgeri).
- Ortopedik (Arthroplasti dan Spinal)
- Pediatrik (Rawatan Rapi Pediatrik)
- Obstetrik dan Ginekologi (Gynae Oncology, Maternal Fetal, Reproductive dan Urogynaecology)
- Anestesiologi (Rawatan Rapi)
- Otorinolaringologi (Pediatrik dan Head and Neck)
- Oftalmologi (Glaucoma, Vitroretina, Kornea)
- Psikiatri (Psikiatri dalam Komuniti)
- Forensik (Histopatologi)
- Anatomical Pathology Microbiology Hematology (Gastrointestinal and Liver Pathology)
- Pergigian Pediatrik dan Oral Maksilofacial
- Radiologi
- Perubatan Transfusi
- Perubatan KecemasanBagaimanapun, Klinik Pesakit Luar, Klinik dan Wad Psikiatrik, Klinik dan Wad Respiratori (Dada), Unit Hemodialisis serta Endoskopi masih lagi berfungsi di Hospital Alor Setar.