Ibrahim Sattah (Jawi : إبراهيم ستته) , dilahirkan pada tahun 1945 merupakan seorang penyair Indonesia. Dia dilahirkan di Tarempa, Riau, Indonesia. Dia meninggal dunia pada 19 Januari 1988 di Pekan Baru, Riau.

Ibrahim Sattah
Lahir 1945
Tarempa, Riau
Mati 19 Januari 1988
Pekan Baru, Riau
Kerakyatan Indonesia

Kehidupan awal dan pendidikan

sunting

Mendapat pendidikan di sekolah menengah atas dan Sekolah Polisi Negara. Setelah itu dia bertugas sebagai anggota pentadbiran kepolisian di Pekan Baru (1963-1979).

Kerjaya

sunting

Ibrahim dikenal sebagai penyair setelah puisinya tersiar dalam majalah Horison [1] dan kemudian membacakannya sendiri di Taman Ismail Marzuki (TIM)[2] dalam Pertemuan Saterawan Indonesia pada tahun 1974. Puisi Ibrahim juga tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah yang terbit di Pekan Baru dan Jakarta. Kumpulan puisinya yang pertama berjudul Dandandid (1975)[3], telah diterjemahkan ke dalam bahasa Belanda untuk program "Poetry Reading" di Rotterdam pada tahun 1976 dan diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris untuk Asean Poetry pada tahun 1978. Kumpulan puisinya yang kedua berjudul Ibrahim pada atahun 1980, diterbitkan sempena kunjungannya ke Malaysia menghadiri Hari Sastera '80[4] di Ipoh, Perak.

Aspirasi

sunting

memanfaatkan bentuk tipografi, ulangan, bunyi, rima dan irama dalam menyampaikan makna puisinya yang berkisar kepada kesunyian, maut dan keagamaan. Bentuk puisi sedemikian, diolah berdasarkan unsur dalam sastera Melayu klasik seperti mantera, cerita rakyat dan nyanyian kanak-kanak. Ibrahim banyak menggiatkan aspresiasi sastera terutama di Riau. Ketika masih bertugas sebagai polis, dia menerbitkan majalah serta menubuhkan kumpulan Sempena. Dia juga pernah mengajar sastera di sekolah menengah atas di Pekan Baru.

Pencapaian

sunting

membacakan puisinya dalam Pertemuan Sasterawan Indonesia (TIM) di Jakarta pada 1974[2], Dia juga membacakan puisinya di Kedutaan Besar Indonesia di Den Haag pada tahun 1975, International Poetry Reading di Rotterdam pada tahun 1976 dan Asean Poetry pada tahun 1978. Dia juga pernah mengikuti Pertemuan Teater '80 di TIM dan menyertai kegiatan teater dalam Festival Seni Internasional di Taipei, Taiwan pada 1984.

Rujukan

sunting
  1. ^ https://riaupos.jawapos.com/berita/2253394337/penyair-yang-angkat-nama-riau-di-mancanegara
  2. ^ a b "Badan Bahasa". dapobas.kemdikbud.go.id. Dicapai pada 2024-10-03.
  3. ^ "Puisi: Dan Dan Did (Karya Ibrahim Sattah)". Sepenuhnya (dalam bahasa in). Dicapai pada 2024-10-03.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Imej dan cita-cita: kertas kerja Hari Sastera 1980. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Malaysia. 1981.