Jelle Vossen

Belgian footballer

Jelle Vossen (lahir 22 Mac 1989) merupakan pemain bola sepak Belgium yang kini bermain untuk kelab Middlesbrough secara pinjaman dari Genk. Beliau bermain di posisi penyerang.

Jelle Vossen
Maklumat peribadi
Nama penuh Jelle Vossen
Tarikh lahir (1989-03-22) 22 Mac 1989 (umur 35)
Tempat lahir Bilzen, Belgium
Ketinggian 1.80 m (5 ka ​10 78 in)
Posisi permainan Penyerang
Maklumat kelab
Kelab terkini
Middlesbrough (pinjaman dari Genk)
Nombor 21
Kerjaya remaja
1994–1997 Eigenbilzen
1997–2000 Tongeren
2000–2007 KRC Genk
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2007– KRC Genk 244 (105)
2009–2010Cercle Brugge (pinjaman) 17 (6)
2014–2015Middlesbrough (pinjaman) 36 (8)
2015 Burnley 4 (0)
2015–2020 Club Brugge 113 (42)
2020– Zulte Waregem 132 (53)
Pasukan kebangsaan
2004 Belgium B15 3 (0)
2005 Belgium B16 2 (0)
2005–2006 Belgium B17 16 (6)
2006–2007 Belgium B18 5 (3)
2006–2008 Belgium B19 9 (3)
2008 Belgium B20 1 (1)
2008–2009 Belgium B21 8 (0)
2009– Belgium 12 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 27 Disember 2014 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 14 November 2012

Kerjaya kelab

sunting

Vossen dipinjam ke Cercle Brugge ketika beliau bersama Genk pada 31 Ogos 2009. Pada musim panas 2010, beliau berpindah semula ke Genk.

Middlesbrough

sunting

Pada 1 September 2014, Vossen diumumkan akan ke kelab Inggeris, Middlesbrough secara pinjaman dari kelab Genk dengan bayaran pemindahan sebanyak £3juta.[1][2]

Vossen membuat penampilan pertama bersama Middlesbrough ketika menang 2-1 ke atas Huddersfield Town pada 13 September 2014. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Middlesbrough ketika menang besar 5-1 ke atas Millwall.

Burnley

sunting

Pada 6 Julai 2015, disahkan bahawa Burnley telah menandatangani Vossen dengan kontrak selama tiga tahun dengan bayaran yang tidak didedahkan.[3][4]

Pada 8 Ogos 2015, pada hari pembukaan musim English Championship 2015/16, Vossen membuat penampilan sulungnya untuk Burnley menentang Leeds United dalam keputusan seri 1–1.[5]

Club Brugge

sunting

Pada 30 Ogos 2015, walaupun hanya berada di Burnley kurang daripada dua bulan, Vossen menandatangani kontrak lima tahun bersama Club Brugge.[6][7]

Pada 23 September 2016, Vossen menjaringkan gol ke-100 dalam Pro League Belgium dalam perlawanan menentang Mouscron.[8]

Zulte Waregem

sunting

Vossen menyertai Zulte Waregem pada 30 Januari 2020, dengan menandatangani kontrak selama tiga setengah tahun.[9][10][11] Pada 13 Mac 2022, Vossen menjaringkan gol ke-150 dalam Pro League Belgium melalui sepakan penalti menentang Eupen.[12] Jaringan itu juga menjadikannya salah seorang daripada sepuluh penjaring terbanyak dalam sejarah divisyen utama Belgium sejak menjadi pemain profesional pada tahun 1974.[13]

Kerjaya antarabangsa

sunting

Vossen dipanggil oleh skuad Belgium untuk perlawanan Piala Kirin menentang Chile dan Jepun. Pada 12 Oktober 2010, Vossen menjaringkan gol pertamanya untuk Belgium ketika seri 4-4 menentang Austria pada perlawanan kelayakan Euro 2012.

Gol antarabangsa

sunting
# Tarikh Lokasi Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
12 Oktober 2010 Brussels, Belgium   Austria
1–0
4–4
Kelayakan Euro 2012
2
29 Mac 2011 Brussels, Belgium   Azerbaijan
4–1
4-1
Kelayakan Euro 2012

Penghargaan

sunting
Genk

Rujukan

sunting
  1. ^ "Jelle Vossen: Twitter campaign delights Middlesbrough striker". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 2014-09-05. Dicapai pada 2025-02-18.
  2. ^ Hope, Craig (2014-09-01). "Jelle Vossen signs for Middlesbrough from Genk on a season-long loan". Mail Online. Dicapai pada 2025-02-18.
  3. ^ Taylor, Jonathon (2015-07-06). "Jelle Vossen signs for Burnley in £2.5m deal". Teesside Live (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-18.
  4. ^ "Burnley confirm agreement over Jelle Vossen deal". Lancashire Telegraph (dalam bahasa Inggeris). 2015-07-06. ISSN 0307-1235. Dicapai pada 2025-02-18.
  5. ^ "Leeds 1-1 Burnley (8 Aug, 2015) Game Analysis - ESPN (UK)". ESPN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-18.
  6. ^ "Jelle Vossen: Burnley striker joins Club Brugge". BBC Sport (dalam bahasa Inggeris). 2015-08-31. Dicapai pada 2025-02-18.
  7. ^ Jones, Simon (2015-08-31). "Burnley sell Vossen to Club Bruges - eight weeks after signing him". Mail Online. Dicapai pada 2025-02-18.
  8. ^ "De 100 goals van Vossen: tegen wie, hoe, wanneer en in wiens voetsporen treedt hij?". Dicapai pada 2025-02-18.
  9. ^ "Jelle Vossen - FIFA 24 - Player Stats". www.fifaindex.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-18.
  10. ^ "Tỷ lệ kèo". itylekeo.com (dalam bahasa Inggeris). 2025-02-11. Dicapai pada 2025-02-18.
  11. ^ "Jelle Vossen naar SV Zulte Waregem". Club Brugge (dalam bahasa Inggeris). 2020-01-30. Dicapai pada 2025-02-18.
  12. ^ "Jelle Vossen maakt 150e goal in JPL: "Niet veel spelers kunnen dat zeggen"" (dalam bahasa Inggeris). 2024-12-09. Dicapai pada 2025-02-18.
  13. ^ "Jelle Vossen komt in illuster lijstje terecht na 150ste goal in Belgische eerste klasse: "Mijlpaal waar ik heel trots op ben"" (dalam bahasa Inggeris). 2024-12-09. Dicapai pada 2025-02-18.

Pautan luar

sunting