Kampung Sungai Bemban (Perak)
Kampung Sungai Bemban merupakan kawasan perkampungan di Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak, Malaysia. Secara pentadbiran, Kampung Sungai Bemban merupakan sebuah kawasan petempatan manusia yang membentuk Mukim Terung, iaitu satu daripada empat belas mukim dalam Daerah Larut, Matang dan Selama.[1][2] Poskod bagi Kampung Sungai Bemban ialah 34800 Trong.
Kampung Sungai Bemban | |
---|---|
![]() Kampung Sungai Bemban (2023) | |
Koordinat: 4°49′09″N 100°42′18″E / 4.819182°N 100.705091°EKoordinat: 4°49′09″N 100°42′18″E / 4.819182°N 100.705091°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Perak |
Daerah | Larut, Matang dan Selama |
Mukim | Terung |
Kawasan parlimen | Bukit Gantang |
Kawasan negeri | Trong |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Perbandaran Taiping |
Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
• Musim panas (DST) | UTC+8 (tidak digunapakai) |
Poskod | 34800 |
Kod kawasan | +605 |
Plat pendaftaran kenderaan | A |
Lokasi
suntingKampung Sungai Bemban merupakan salah satu kawasan perkampungan di negeri Perak. Kedudukan Kampung Sungai Bemban dalam Daerah Larut, Matang dan Selama boleh diinterpretasikan terletak di bahagian tengah daerah tersebut manakala dalam Mukim Terung pula, Kampung Sungai Bemban terletak di bahagian timur. Antara petempatan yang terletak serantau dengan Kampung Sungai Bemban ialah Kampung Kuala Terung di bahagian utara, Kampung Baharu Jalan Kuala Terung dan Trong di bahagian timur laut, Kampung Salak, Kampung Salak Baru dan Kampung Padang Bola di bahagian tenggara dan Kampung Tebuk di bahagian selatan.[1] Kampung Sungai Bemban mempunyai poskod tersendiri iaitu 34800 dalam daerah pos Trong.
Dalam sistem koordinat geografi (GPS), kedudukan Sungai Bemban adalah di latitud Bumi empat darjah 42 minit 19.5 saat Utara dan longitud Bumi 100 darjah 41 minit 38.1 saat Timur (4°42′19.5″N 100°41′38.1″E / 4.705417°N 100.693917°E).[2] Sungai Bemban merupakan sebuah sungai yang merentang dari arah timur ke barat, menelusuri kawasan perkampungan ini. Punca sungai terletak di kawasan Trong Leisure Farm and Resort, membentang panjang ke arah barat kemudian menyeberangi Jalan Negeri A103 (Jalan Temerloh–Kuala Terong) sebelum bertemu dengan Sungai Terung sebagai muara berdekatan dengan Kampung Kuala Terung.[1][3]
Dari perspektif politik pula, kawasan perkampungan Kampung Sungai Bemban secara keseluruhannya mencakupi kawasan parlimen Bukit Gantang di Parlimen Malaysia. Dalam Dewan Negeri Perak pula, Kampung Sungai Bemban terletak di dalam kawasan negeri Trong.[4]
Rujukan
sunting- ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). 1 Disember 2024. Dicapai pada 1 Disember 2024.
- ^ a b Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia (2022). "Dokumen Gazetir – Perak Darul Ridzuan 2022" (PDF). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 1 Disember 2024.
- ^ "Sungai Bemban, Malaysia" (dalam bahasa Inggeris). GeoNames. 20 Oktober 2023. Dicapai pada 15 Februari 2023.
- ^ "Peta Parlimen dan DUN Malaysia (2020 - Sekarang) oleh Tindak Malaysia". Tindak Malaysia. 5 Mac 2024. Dicapai pada 5 Mac 2024.