Kapur makan
Kapur makan atau kapur sirih merujuk kepada kapur yang digunakan dalam penyediaan makanan seperti kuih-muih, termasuk untuk makan sirih.

Kapur makan biasanya digunakan sebagai bahan pelikat bagi mengentalkan kuih. Selain itu ia juga mampu menambah rasa rapuh pada makanan/kuih tersebut.
Kapur makan merupakan satu bentuk kalsium karbonat yang juga membentuk tulang rangka manusia, dan penggunaannya dalam kuih-muih adalah baik kerana ia boleh membantu membentuk tulang yang kukuh. Sebaliknya pengambilan yang terlalu banyak boleh mendorong kepada pembentukan batu karang dalam buah pinggang.