Rambai istana
Rambai istana (Lepisanthes alata), turut dipanggil pokok Johor, ceri Terengganu, perupuk, setengok, kelelek atau gegelek,[2] ialah spesies tumbuhan berbunga iaitu pokok buah hutan tropika dalam keluarga laici yang berasal dari Asia Tenggara.
Rambai istana | |
---|---|
![]() | |
Lukisan L. alata dalam Fleurs, fruits et feuillages choisis de l'ille de Java oleh Berthe Hoola van Nooten | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Keluarga: | Sapindaceae |
Genus: | Lepisanthes |
Spesies: | L. alata
|
Nama binomial | |
Lepisanthes alata | |
Sinonim[1] | |
|
Rambai istana mempunyai ciri pokok dan buah yang menarik. Kanopinya kecil, rendang dan bulat. Daunnya jenis majmuk pinat dengan beberapa pasang anak daun yang lancip dan bersayap. Kecantikan pokok ini diserikan lagi dengan pucuknya yang lembut melentur dan berwarna ungu muda. Pokok yang berasal dari Asia Tenggara ini mempunyai taburan yang meluas di Semenanjung Malaysia, Jawa, Borneo dan Filipina, dan sering dijadikan pokok hiasan kerana bentuk pokonya yang menarik.[3]
Penerangan
suntingBuah rambai istana bergugus seperti buah anggur. Kulitnya amat menarik seperti buah ceri, merah cerah, licin dan berkilat. Buah ini bergantungan pada dahan dan ranting kecil. Walaupun rasa buahnya manis, isinya nipis dan bijinya besar. Pokok rambai istana merupakan pilihan yang sangat baik untuk dijadikan hiasan taman kerana mayang daunnya yang terurai cantik. Daun muda atau pucuknya berwarna ungu muda kelihatan sangat menarik dengan bunganya yang juga berwarna ungu. Daun yang matang berwarna hijau, runcing dan mempunyai 8-12 helai anak daun pada satu mayang yang boleh mencapai kepanjangan sehingga 50 cm.[4]
Pokok rambai istana berbuah sepanjang tahun. Buahnya yang menarik tersusun bergugusan pada tangkai yang panjang dan setiap tangkai mempunyai sehingga 20 biji buah yang warna merah gelap dan berkilat. Saiz buahnya antara 2 cm hingga 3 cm, berbentuk bulat dan tajam di bahagian hujungnya dan setiap buah mempunyai satu hingga tiga biji. Isi buahnya manis dan sedikit kelat. Walaupun buahnya boleh dimakan, pokok ini biasanya ditanam untuk tujuan hiasan. Buah rambai istana digemari oleh burung dan kerana itu pokok ini boleh dijadikan tarikan untuk burung-burung datang ke taman.[5]
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Lepisanthes alata (Blume.) Leenh". Plants of the World Online. Royal Botanical Gardens, Kew. 2023. Dicapai pada 9 Mei 2023.
- ^ Pokok-pokok untuk tanaman bandar, Adnan Mohamad, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, 2003 - 191 pages
- ^ Buah ceri Terengganu yang masak harum.
- ^ Buah ceri Terengganu yang masak, Laman FRIM.
- ^ Medicinal Plants List - Ceri Terengganu.
Pautan luar
sunting- http://www.mytropikakenyir.com/2013/07/ceri-terengganu-tumbuhan-unik.html
- http://cpcp.org.my/wapi/mctweb.dll/getObject?MID=CPCP%20MAS&ObjID=36
- http://ohmcs226.blogspot.com/2006_03_01_archive.html
- Carian Google mengenai Ceri terengganu.
- http://harizamrry.wordpress.com/2008/04/16/potensi-luas-spesies-buah-buahan-nadir-liar/