Kempen Hungary 1527–1528
Kempen Hungary 1527–1528 dilancarkan oleh Ferdinand I, Archduke Austria dan Raja Hungary dan Bohemia menentang Turki Uthmaniyah. Seleps Pertempuran Mohács, Uthamniyyah telah dipaksa untuk berundur di sebabkan berlakunya kekacauan di dalam negara yang memerlukan perhatian Sultan.[1] Dengan ketiadaan tentera Uthmaniyah, Ferdinand I cuba untuk menguatkan tuntutan beliau sebagai Raja Hungary. Pada tahun 1527, beliau berjaya menjatuhkan pemerintah yang diakui Uthmaniyah iaitu John Zápolya dan menawan Buda, Győr, Komárno, Esztergom, dan Székesfehérvár menjelang tahun 1528. Sementara itu, Sultan Uthmaniyah, Suleiman al-Qanuni, tidak berbuat apa-apa meskipun dirayu oleh sekutu beliau.
Kempen Ferdinand I | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Habsburg-Uthmaniyyah | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() ![]() ![]() | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Ferdinand I, Maharaja Suci Rom Charles V, Maharaja Suci Rom Jovan Nenad † |
![]() ![]() ![]() | ||||||
Kekuatan | |||||||
60,000 | 30,000 | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
Tidak diketahui | Tidak diketahui |
Kejadian selepasnya
suntingBagi Habsburg, kemenagan ini merupakan satu kekecewaan besar. Pada 10 Mei 1529, Suleiman al-Qanuni melancarkan satu serangan balas yang menghapuskan semua kemenangan Ferdinand sebelumnya. Apa yang mengecewakan, kebanyakan kubu-kubu yang ditawan sebelumnya telah menyerah diri tanpa melawan, yang mana mempercepatkan lagi kemaraan Uthmaniyah. Akibatnya, Suleiman berjaya tiba dan mengepung Vienna.
Nota
sunting- ^ Turnbull, Stephen. The Ottoman Empire 1326–1699. New York: Osprey, 2003. pg 49