Dinasti Uthmaniyah
Sultan ialah pemerintah tunggal Empayar Uthmaniyah walaupun pada akhir zaman empayar ini, kuasa mereka menjadi semakin terhad. Dinasti Uthmaniyah memerintah empayar ini dari 1299 hingga 1922.
Dinasti Uthmaniyah |
---|

Dinasti ini dikenali sebagai Osmanli atau Uthmaniyah oleh sesetengah pihak. Pemerintah pertama empayar ini menggelar diri mereka sebagai Bey. Oleh itu mereka mereka mengakui kesetiaan kepada Kerajaan Seljuk. Sultan Murad I ialah pemerintah pertama yang menggunakan gelaran "sultan". Dengan tertawannya Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453, empayar ini semakin menuju ke kemuncak kehebatannya. Mulai tahun 1517, sultan-sultan Uthmaniyah juga merupakan Khalifah umat Islam. Sultan-sultan juga digelar dengan pelbagai gelaran, antaranya ialah Sultan bagi segala Sultan, Panglima orang-orang Mukmin, dan waris nabi Islam Muhammad.