Kesatuan Afrika Selatan
Kesatuan Afrika Selatan (Belanda: Unie van Zuid-Afrika , Afrikaans: Unie van Suid-Afrika ) merupakan negara duluan kepada negara Afrika Selatan yang wujud pada hari ini. Ia mula wujud pada 31 Mei 1910 melalui penyatuan empat jajahan British yang berasingan iaitu Cape, Natal, Transvaal dan Sungai Oranye. Kawasan pentadbiran ini turut termasuk bekas wilayah Republik Transvaal dan Negara Bebas Oranye milik orang Boer yang dilhakkan pada tahun 1902.
1910–1961 | |||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Cogan kata: Ex Unitate Vires (Bahasa Latin: "Kekuatan daripada Kesatuan") | |||||||||||||||||
Lagu kebangsaan: "God Save the King" (1910–52); "God Save the Queen" (1952–57) "Die Stem van Suid-Afrika" (1957–61) (bahasa Inggeris: "The Call of South Africa" ) | |||||||||||||||||
![]() Lokasi terletaknya Kesatuan ini. Afrika Barat Daya ditunjukkan sebagai kawasan pertelingkahan (dijajah tahun 1915, ditadbir sebagai wilayah ke-5 di bawah mandat C Liga Bangsa). | |||||||||||||||||
Ibu negara | Cape Town (perundangan) Pretoria (pentadbiran) Bloemfontein (kehakiman) Pietermaritzburg (archival) | ||||||||||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Inggeris, Bahasa Belanda, Bahasa Afrikaans[1] | ||||||||||||||||
Kerajaan | monarki berperlembagaan unitari | ||||||||||||||||
Raja atau Ratu | |||||||||||||||||
• 1910–36 | George V | ||||||||||||||||
• 1936 | Edward VIII | ||||||||||||||||
• 1936–52 | George VI | ||||||||||||||||
• 1952–61 | Elizabeth II | ||||||||||||||||
Gabenor Jeneral | |||||||||||||||||
• 1910–14 | Viscount Gladstone (pertama) | ||||||||||||||||
• 1959–61 | Charles Robberts Swart (terakhir) | ||||||||||||||||
Perdana Menteri | |||||||||||||||||
• 1910–19 | Louis Botha | ||||||||||||||||
• 1919–24, 1939–48 | Jan Smuts | ||||||||||||||||
• 1924–39 | J.B.M. Hertzog | ||||||||||||||||
• 1948–54 | D.F. Malan | ||||||||||||||||
• 1954–58 | J.G. Strijdom | ||||||||||||||||
• 1958–61 | H.F. Verwoerd | ||||||||||||||||
Badan perundangan | Parlimen | ||||||||||||||||
Senat | |||||||||||||||||
Dewan Perhimpunan | |||||||||||||||||
Sejarah | |||||||||||||||||
31 May 1910 | |||||||||||||||||
31 Mei 1961 | |||||||||||||||||
Keluasan | |||||||||||||||||
1961 | 2,045,320 km2 (789,700 bt2) | ||||||||||||||||
Populasi | |||||||||||||||||
• 1961 | 18216000 | ||||||||||||||||
Mata wang | Paun Afrika Selatan | ||||||||||||||||
Kod ISO 3166 | ZA | ||||||||||||||||
| |||||||||||||||||
Sekarang sebahagian dari | ![]() ![]() |
Berikutan Perang Dunia Pertama, Kesatuan ini diberikan kuasa pentadbiran ke atas kawasan Afrika Barat Daya (yang dahulunya sebuah jajahan dalam empayar Jerman, kini Namibia) melalui suatu mandat pemberian Liga Bangsa, di mana mandat tersebut dilayan seolah-olah sebagai perjanjian kemasukansatu lagi wilayah Kesatuan, namun perkara tersebut tidak pernah dilampirkan secara rasminya.
Kesatuan ini memerintah sendiri sebagai sebuah dominion beraja berperlembagaan dalam Empayar British. Kewujudan kesatuan ini berakhir dengan penggubalan sebuah perlembagaan baru pada 31 Mei 1961 sebagai sebuah republik yang terpisah daripada Komanwel, di bawah sebuah nama baru iaitu Republik Afrika Selatan.