Kokpit kaca
Kokpit kaca merupakan kokpit pesawat yang memiliki paparan peralatan elektronik. Sementara kokpit tradisional bergantung pada tolok-tolok mekanikal bagi memaparkan maklumat, kokpit kaca pula menggunakan beberapa paparan berkomputer yang boleh diubah bagi memaparkan maklumat-maklumat penerbangan sekiranya perlu. Ia memudahkan operasi dan navigasi pesawat dan membolehkan juruterbang untuk memfokuskan perhatian pada maklumat-maklumat yang lebih penting. Kokpit kaca juga popular kepada syarikat penerbangan awam kerana penggunaannya telah menghapuskan keperluan untuk membawa jurutera penerbangan semasa penerbangan.



Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, teknologi kokpit kaca juga telah digunakan pada pesawat-pesawat kecil.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ "Lawatan A380 ke Australia pada November 2005". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-16. Dicapai pada 2009-01-09.