Kromfohrländer
Kromfohrländer[a] ialah satu baka anjing teman moden Jerman. Ia berasal dari Jerman pada tahun-tahun selepas penamat Perang Dunia Kedua. Terdapat dua jenis lapis bulu, iaitu yang berbulu licin dan yang berbulu kasar.
![]() | |||||||||||||||||||
Negara asal | Jerman | ||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |

Sejarah
suntingBaka kromfohrländer dihasilkan di rantau Siegerland di Nordrhein-Westfalen oleh Ilsa Schleifenbaum, seorang bekas pemain piano konsert, pada tahun-tahun selepas penamat Perang Dunia Kedua.[3]:212 Pada tahun 1945, semasa Pencerobohan Sekutu Barat ke atas Jerman, seekor anjing muda yang dibawa dari Perancis oleh askar Amerika sesat atau ditinggalkan di kawasan Hilchenbach, dekat dengan Siegen.[4]:502 Ia diambil oleh Schleifenbaum, yang menamainya Peter; beliau percaya bahawa ia merupakan seekor grifon besar Vendée.[3]:212 Pengawanan kebetulan anjing ini dengan anjing seorang jiran, seekor anjing betina tua tidak berpedigri daripada jenis terier rubah bernama Fiffi, melahirkan perinduk anak anjing yang menyerupai satu sama lain dengan jauh lebih dekat daripada yang biasa pada baka silang sedemikian dan juga tidak seperti anjing daripada mana-mana baka lain.[3]:212 Seorang doktor haiwan dari Siegen bernama Tollmächer menasihati pemilik kedua-dua anjing ini untuk mengulangi pengawanan dan enam perinduk lanjut dilahirkan.[4]:504 Selepas kematian Fiffi, Peter dikawankan dengan dua ekor anak betinanya daripada perinduk pertama.[4]:504
Schleifenbaum mula mencuba untuk mengasaskan anjing ini sebagai baka baharu dan memulakan sebuah kenel dengan nama 'vom Wellersberg'; sebuah kenel kedua, 'vom Lenneberg', dimulakan oleh sahabat beliau, Otto Borner.[3]:214
Pada tahun 1955, kromfohrländer diiktiraf oleh Verband für das Deutsche Hundewesen dan juga diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[3]:214[5] Ia pertama kali ditunjukkan dalam pertunjukan anjing antarabangsa di Dortmund pada tahun sama.[4]:508
Keluarga Schleifenbaum mempunyai kediaman musim panas di kawasan di Ginsberger Heide yang dipanggil Krumme Furche ("alur liku"); dalam dialek Siegerland ini menjadi Krom Fohr, dan daripada ini nama baka ini diperoleh.[3]:213[6]:156
Pembiak baka Finland, Maria Åkerblom, menyaksikan tiga ekor anjing ini dalam sebuah pertunjukan anjing di Oldenburg pada tahun 1956.[4]:510 Beliau kemudian membeli beberapa ekor – antaranya seekor betina daripada kenel Schleifenbaum – dan mula membiakbakakannya di Finland; perinduk pertama dilahirkan pada tahun 1962.[3]:216 Finland menjadi pusat kedua bagi baka ini – pada sesetengah tahun, lebih anjing lahir dan didaftarkan di sana berbanding dengan di Jerman.[4]:510 Dari tahun 1970, kromfohrländer hadir di Switzerland; ia kemudian mencapai Denmark, Belanda, dan Amerika Syarikat.[3]:216
Dalam tempoh lima belas tahun dari tahun 2008 hingga tahun 2022, purata bilangan anak anjing yang dilahirkan pada setiap tahun di Jerman ialah hampir-hampir 200 ekor yang mewakili kira-kira 0.25% daripada purata jumlah kelahiran untuk semua baka yang dicatatkan hanya di bawah 80000 setahun.[7]
Ciri
suntingKromfohrländer bersaiz sederhana dengan ketinggian pada paras kelasa dalam lingkungan 38–46 cm (15–18 in). Jantan berukuran kira-kira seberat 11–16 kg (24–35 lb), betina pula 2 kg (4.4 lb) lebih ringan.[6]:156 Terdapat dua jenis lapis bulu, iaitu berbulu kasar (Rauhaar-) dan berbulu licin (Glatthaar-): keragaman kasar berbulu kasar dan berjanggut, dengan bulu yang lebih panjang pada muncung dan muka, manakala keragaman licink adalah lembut dan terletak rapat-rapat dengan tubuh. Lapis bulunya tebal pada kedua-dua jenis dengan lapis bulu bawah lembut; panjang helaian bulu berkisar antara 3–7 cm (1.2–2.8 in).[3]:218[8] Lapis bulunya berwarna putih dengan tompok-tompok perang, ini dalam lingkungan antara perang muda, melalui perang merah atau sawo matang, dengan perang sangat gelap; pada kepala, bahagian berwarna perang membentuk dua tompok bersimetri yang termasuk dan mengelilingi telinga dan memanjang ke bahagian mata dan pipi, manakala pada tubuh, warna ini mungkin terlihat sebagai pelana atau sebagai satu atau lebih tompok tidak teratur.[3]:218
Catatan
sunting- ^ Jawi: کرومفورليندر , Sebutan bahasa Melayu: [kromfɔrlɛndər]; Jerman: Kromfohrländer ; /ˈkroʊmfərlændər/
Rujukan
sunting- ^ a b c d "FCI - Standard Nr. 192 KROMFOHRLÄNDER" [Piawaian FCI No. 192 Kromfohrländer] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 Oktober 1998. Dicapai pada 22 Januari 2024.
- ^ a b c d "FCI-Standard N° 192 KROMFOHRLÄNDER" [Piawaian FCI No. 192 Kromfohrländer] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Seidler, Chris. Dikemaskinikan oleh Jean-Maurice Paschoud. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 12 Oktober 1998. Dicapai pada 22 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
- ^ a b c d e f g h i j Hörter, Ria (Julai 2010). "Kromfohrländer" [Kromfohrländer] (PDF). The Canine Chronicle (dalam bahasa Inggeris). m/s. 212, 214, 216, 218.
- ^ a b c d e f Räber, Hans (1993). Enzyklopädie der Rassehunde: Ursprung, Geschichte, Zuchtziele, Eignung und Verwendung [Ensiklopedia Anjing Baka Tulen: Asal Usul, Sejarah, Matlamat Pembiakbakaan, Kesesuaian, dan Kegunaan] (dalam bahasa Jerman). 1. Stuttgart, Jerman: Franckh-Kosmos. ISBN 9783440065556. OCLC 643720735.
- ^ "FCI breeds nomenclature: KROMFOHRLÄNDER (192)" [Tatanama baka FCI: KROMFOHRLÄNDER (192)] (dalam bahasa Inggeris). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 22 Januari 2024.
- ^ a b Lehari, Gabriele (2013). 400 Hunderassen von A - Z [400 Baka Anjing daripada A–Z] (dalam bahasa Jerman) (ed. ke-3). Stuttgart, Jerman: Verlag Eugen Ulmer. ISBN 9783800178827.
- ^ "Welpenstatistik" [Statistik anak anjing] (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Dicapai pada 22 Januari 2024.
- ^ "Kromfohrländer" [Kromfohrländer] (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Dicapai pada 22 Januari 2024.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Kromfohrländer |
- "Home/History" [Laman/Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). Kromfohrländer Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Februari 2014. Dicapai pada 21 Februari 2014.
- "English - Verein Rauhaarige Kromfohrländer, VRK, Kromfohrländer, Kromfohrländer aus Einkreuzprojekt, Einkreuzen" (dalam bahasa Inggeris). Verein Rauhaarige Kromfohrländer. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Ogos 2013. Dicapai pada 21 Februari 2014.
- "Suomen kromfohrländer ry" (dalam bahasa Inggeris). Suomen kromfohrländer. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 September 2013. Dicapai pada 21 Februari 2014.
- "Svenska Kromfohrländerklubben" (dalam bahasa Sweden). Svenska Kromfohrländerklubben. Dicapai pada 22 Januari 2024.
- "Rassezuchtverein der Kromfohrländer e.V. - Alles Wissenswerte für Mitglieder und Interessenten" (dalam bahasa Jerman). Rassezuchtverein der Kromfohrländer. Dicapai pada 5 Ogos 2013.