Mahmoud Sadeghi
Mahmoud Sadeghi (Parsi: محمود صادقی) adalah ahli politik, peguam, ahli undang-undang dan reformis Iran yang kini menjadi anggota Parlimen Iran yang mewakili daerah perwakilan Tehran, Rey, Shemiranat dan Eslamshahr.
Mahmoud Sadeghi | |
---|---|
![]() | |
Ahli Parlimen Iran | |
Menyandang jawatan 28 Mwi 2016 | |
Kawasan pilihan raya | Tehran, Rey, Shemiranat and Eslamshahr |
Majoriti | 1,164,368 (35.85%) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mahmoud Sadeghi 22 Mac 1962 Aligudarz, Iran |
Parti politik | Persatuan Pengajar Universiti Islam[1] |
Tempat belajar | Universiti Tehran Universiti Tarbiat Modares Seminari Qom |
Pekerjaan | Peguam, Ahli Akademik |
Bidang pengkhususan | Ahli undang-undang[1] |
Laman web | mahmoudsadeghi.com |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | ![]() |
Cabang/khidmat | Basij |
Perang/Pertempuran | Perang Iran-Iraq (WIA)[1] |
Pada 25 Februari 2020, semasa penularan wabak COVID-19 2019-20 di Iran, Sadeghi diuji positif untuk COVID-19, virus yang berasal dari SARS-CoV-2.[2]
Kehidupan awal
suntingSadeghi dilahirkan di Aligoudarz pada tahun 1962 dan dari keluarga agamawan.[3] Bapanya, Mohammad Hossein Sadeghi, adalah salah seorang ulama yang menentang Dinasti Pahlavi, dan merupakan seorang pelajar Ayatollah Khomeini. Selepas revolusi, Mohammad Hossein Sadeghi terbunuh dalam pengeboman Hafte Tir.
Pendidikan
suntingSadeghi menerima ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang dari Universiti Tehran pada tahun 1990. Beliau menerima Sarjana dalam undang-undang persendirian dari Universiti Tarbiat Modares pada tahun 1993, dan menerima ijazah doktornya dalam undang-undang persendirian dari universiti yang sama pada tahun 2000.
Kerjaya
suntingSadeghi adalah profesor berkait di Universiti Tarbiat Modares dan bidang kepakarannya adalah undang-undang persendirian.[1]
Sejarah pilihan raya
suntingTahun | Pilihan Raya | Undi | % | Kedudukan | Nota |
---|---|---|---|---|---|
2016 | Parlimen | 1,164,368 | 35.85 | 17th | Menang[4] |
2020 | Parliamen | — | Disingkirkan |
Kehidupan peribadi
suntingPada 25 Februari 2020, selepas wabak COVID-19 2019-20 diketahui telah tersebar ke Iran, Sadeghi menyatakan bahawa dia telah dijangkiti COVID-19, yang berasal dari virus SARS-CoV-2.[2]
Rujukan
sunting- ^ a b c d "اين 30 نفر". Shargh (dalam bahasa Parsi) (2523). 17 Februari 2016. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Jun 2016. Dicapai pada 7 June 2016.
- ^ a b https://www.msn.com/en-us/news/world/coronavirus-live-updates-irans-deputy-health-minister-tests-positive/ar-BB10lO9z?ocid=spartandhp
- ^ "Archived copy". Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Mei 2016. Dicapai pada 15 Julai 2018.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ "ريز آمار نتايج 1021 کانديداي نمايندگي مجلس در تهران + فيلم مرور روز انتخابات", Iranian Students' News Agency (dalam bahasa Parsi), 27 Februari 2016, dicapai pada 27 Februari 2016