Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak 2020
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak 2020 dibentuk pada 10 Disember 2020 apabila 5 orang Ahli Dewan Negeri Perak dilantik.[1] Pada 15 Disember 2020 pula, 5 orang lagi dilantik dan menjadikan 10 orang dilantik bagi menganggotainya.[2] Ianya diketuai oleh Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad. Ia terbentuk selepas Ahmad Faizal Azumu telah gagal dalam undi percaya yang diusulkan oleh Abd Manaf Hashim kerana majoriti dari Barisan Nasional dan Pakatan Harapan menolak usul percaya tersebut.[3]
Calon Menteri Besar Perak dari Barisan Nasional telah mengumpul akuan bersumpah untuk dilantik sebagai Menteri Besar dan berjaya mendapatkan sokongan majoriti.[4] Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang mewakili Perikatan Nasional telah dipecat secara automatik kerana menggagalkan usul percaya tersebut dan menyokong calon dari Barisan Nasional sebagai Menteri Besar baharu.[5]
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak
suntingKemaskini pada 10 Disember 2020[6][7][8]
Nama | DUN | Parti | Portfolio |
---|---|---|---|
Dato' Saarani Mohamad | Kota Tampan | UMNO | Menteri Besar |
Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Kewangan, Keselamatan, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan GLC | |||
Shahrul Zaman Yahya | Rungkup | UMNO | Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor |
Khairul Shahril Mohamed | Bota | UMNO | Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia |
Mohd Zolkafly Harun | Lintang | UMNO | Pengerusi Jawatankuasa Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam |
Dr. Wan Noorashikin Wan Nordin | Kampong Gajah | UMNO | Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan, NGO dan Masyarakat |
Zainol Fadzi Paharudin | Sungai Manik | Bersatu | Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi |
Abdul Yunus Jamhari | Kuala Kurau | Bersatu | Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil |
Nolee Ashilin Mohammed Radzi | Tualang Sekah | Bersatu | Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan |
Ahmad Saidi Mohamad Daud | Changkat Jering | UMNO | Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia |
Razman Zakaria | Gunong Semanggol | PAS | Pengerusi Jawatankuasa Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan |
Mohd Akmal Kamarudin | Selama | PAS | Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar |
Rujukan
sunting- ^ Lima Adun angkat sumpah Exco Perak
- ^ Lima lagi Exco Perak angkat sumpah petang ini - Annuar Zaini
- ^ MB Perak gagal dalam undi percaya
- ^ EKSKLUSIF Saarani sudah dapat 26 sokongan SD jadi MB Perak
- ^ Bersatu pecat Adun Titi Serong, Hasnul Zulkarnain
- ^ Normawati Adnan (31 Mac 2020). "Saarani, 6 ADUN sertai barisan Exco Perak". Sinar Harian. Dicapai pada 7 April 2020.
- ^ Saifullah Ahmad (7 April 2020). "Ahmad Faizal umum portfolio tujuh Exco baharu". Sinar Harian. Dicapai pada 7 April 2020.
- ^ Abd Razak Mohd Ali (28 Mei 2020). "MB umum penstrukturan portfolio Exco Perak". Astro Awani. Dicapai pada 29 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)