Maktab Rendah Sains MARA Besut
Koordinat: 5°46′48″N 102°35′08″E / 5.78010°N 102.58560°E
Maktab Rendah Sains MARA Besut (singkatan: MRSM BESUT/BST) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di perkampungan Kampung Paya Rawa, dalam daerah Besut di negeri Terengganu. Kedudukan MRSM Besut yang terletak di tepi Jalan Pantai dan Pantai Bukit Keluang, memberikan suasana yang aman, nyaman, selamat, damai dan kondusif kepada para pelajar untuk menuntut ilmu. MRSM ini terletak di Jalan Tembila dan juga hanya 10 kilometer daripada pekan Jerteh meletakkan MRSM Besut di kedudukan yang strategik di Kampung Paya Rawa, Besut ini.
Maktab Rendah Sains MARA Besut مكتب رنده ساءين س مارا بسوت | |
---|---|
![]() | |
Address | |
![]() | |
Jalan Tembila , , 22200 | |
Information | |
Other name | MRSM Besut |
School type | Pendidikan Menengah |
Religious affiliation(s) | Islam |
Established | April 1995 |
Founder | |
Status | Sedang Beroperasi |
Pengetua | Dr. Ammar bin Ab Rahman |
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | Pn Rohana binti Hasan @ Safiee |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | En. Mohd Faisal bin Hj. Yusoff |
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | Pn. Nasrin binti Ibrahim |
Education system | MRSM Program Premier |
Language | |
Slogan | Berdisiplin, Berilmu, Beramal |
Alumni name | ANSARA Besut |
Website | besut |
Last updated: 1 Februari 2025 |
Sejarah
suntingPenubuhan Maktab
suntingMaktab Rendah Sains MARA Yayasan Terengganu (MRSM YT) dikendalikan secara usahasama antara Yayasan Terengganu dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Penubuhannya merupakan aspirasi Kerajaan Negeri bagi menampung keperluan pendidikan yang lebih berkualiti bagi lulusan UPSR yang terdiri dari anak-anak Terengganu yang tidak mendapat tempat di sekolah-sekolah berasrama penuh. Hasrat penubuhan ini telah dipersetujui Lembaga Pemegang - Pemegang Amanah Yayasan Terengganu dalam mesyuarat kali ke-70 yang telah diadakan pada 20 Disember 1992. Justeru itu, bagi merealisasikan hasrat tersebut, satu Memorandum Persefahaman di antara Yayasan Terengganu dengan Majlis Amanah Rakyat telah ditandatangani pada 3 Jun 1993. Dua buah MRSM YT telah ditubuhkan iaitu di Besut dan Dungun. Kedua-duanya telah memulakan operasinya dengan pengambilan pertama pelajarnya pada Januari dan Mac 1995.
Aspirasi dan komitmen Kerajaan Negeri mula membuahkan hasil sulungnya apabila keputusan Peperiksaan Menengah Rendah 1996, MRSM YT Besut berjaya memperolehi kelulusan 100% dan mendapat tempat ke dua terbaik bagi pencapaian Maktab Rendah Sains MARA di seluruh Malaysia. Pelbagai kejayaan diraih dari setahun ke setahun antaranya MRSM YT Besut telah muncul sebagai Maktab terbaik dalam keputusan PMR di antara MRSM seluruh negara pada tahun 1997 dengan 105 orang pelajar mendapat 8A. Di dalam aktiviti kokurikulum pula, MRSM YT Besut telah menjadi johan keseluruhan Minggu Kokurikulum MRSM SeMalaysia Peringkat Menengah Rendah pada tahun 1998.
MRSM YT Besut juga pernah menyertai pameran Tunas Saintis Peringkat MRSM SeMalaysia di MRSM Beseri pada tahun 2000. Pameran tersebut merupakan aktiviti tahunan MRSM untuk mencungkil bakat dan kreativiti pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Di dalam bidang sukan, MRSM YT Besut pernah mewakili Daerah Besut ke Peringkat Negeri Terengganu dalam pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Terengganu ke 28 tahun 1997, Kejohanan Badminton Peringkat MSST anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu. Kini, kecemerlangan diulangi kembali dengan pembukaan semula MRSM YT Besut selepas beberapa tahun tidak beroperasi.
Kemudahan
suntingAkademik dan Pentadbiran
suntingMaktab ini dilengkapi dengan pelbagai bentuk kemudahan untuk pelajar dan juga staf. Antaranya adalah
- Surau Ar-Ridhwan
- Pembelian Mudah Alih (Wireless Transaction)
- Penapis Air
- Mesin Layan Diri (Vending Machine)
- Dewan Kuliah yang luas serta dipenuhi kerusi dengan kapasiti 180 pelajar
- Bilik Tayangan
- Bilik Badan Wakil Pelajar
- Bilik Lembaga Disiplin Pelajar
- Bilik Gerakan Warden
- Bilik Sidang Redaksi
- Koperasi (terbahagi kepada empat seksyen ; Pejabat pentadbiran, runcit, dobi serta bahagian aktiviti pelajar)
- Pusat sumber pembelajaran beserta rangkaian internet dan penghawa dingin
- Blok akademik (terdiri daripada blok tiga tingkat yang menempatkan 30 buah kelas, makmal sains, bilik matematik dan bilik bahasa, serta makmal komputer)
- Cafe yang menyediakan menu makanan menyelerakan setiap hari
- Tapak Jualan PUM (Persatuan Usahawan Muda)
- Bilik Gemilang A dan B (dilengkapi dengan meja dan kerusi sebagai bilik kelas tambahan)
Penginapan Pelajar dan Staf
sunting- Blok asrama (terdiri daripada Villa A dan Villa B)
- Dewan makan berasingan (Lelaki dan Perempuan)
- Surau yang disertai dengan kipas solar gergasi dan 6 biji aircond yang memberi keselesaan pada pelajar
Sukan dan Rekreasi
sunting- Padang Bola Sepak
- Padang Ragbi
- Padang Bola Jaring
- Padang Tenis
Guru
suntingGuru-guru MRSM Besut berkomitmen untuk melakarkan semula kejayaan yang pernah terpahat di MRSM Besut. Mereka bertanggungjawab membina kecemerlangan, budaya dan kejayaan-kejayaan yang mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.
Unit Pengurusan MRSM Besut 2025
sunting- Dr. Ammar bin Ab Rahman (Pengetua)
- Puan Rohana binti Hasan@Safiee (Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik)
- Encik Mohd Faisal bin Hj Yusoff (Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar)
- Puan Nasrin binti Ibrahim (Timb. Pengetua Pembangunan Bakat)
Kejayaan
suntingAkademik
suntingMRSM Besut telah berjaya memperolehi kelulusan 100% dan mendapat tempat ke dua terbaik bagi pencapaian Maktab Rendah Sains MARA di seluruh Malaysia. Pelbagai kejayaan diraih dari setahun ke setahun antaranya MRSM YT Besut telah muncul sebagai Maktab terbaik dalam keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di antara MRSM seluruh negara pada tahun 1997 dengan 105 orang pelajar mendapat 8A.
Kokurikulum
suntingDi dalam aktiviti kokurikulum pula, MRSM YT Besut telah menjadi johan keseluruhan Minggu Kokurikulum MRSM SeMalaysia Peringkat Menengah Rendah pada tahun 1998. MRSM YT Besut juga pernah menyertai pameran Tunas Saintis Peringkat MRSM SeMalaysia di MRSM Beseri pada tahun 2000. Pameran tersebut merupakan aktiviti tahunan MRSM untuk mencungkil bakat dan kreativiti pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Di dalam bidang sukan, MRSM YT Besut pernah mewakili Daerah Besut ke Peringkat Negeri Terengganu dalam pertandingan Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah Terengganu ke 28 tahun 1997, Kejohanan Badminton Peringkat MSST anjuran Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Terengganu. MRSM Besut juga merupakan juara berturut-turut pertandingan Taekwando MRSM Se-Malaysia. Pada tahun 2023, seorang pelajar tingkatan 3 telah menerima anugerah Pengakap Muda Terbaik Se-MALAYSIA yang dihadiahkan oleh Mohd Zin bin Bidin, pemangku Ketua Pengakap Negara yang di adakan di MRSM Bagan Datuk, Perak pada 14-18 Oktober 2023. Anugerah tersebut telah mengharumkan nama MRSM Besut di dalam kalangan para pengakap dan pelajar MRSM Se-Malaysia.
Lagu rasmi
suntingWahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Rujukan
sunting