Maktab Rendah Sains MARA Tun Mohammad Fuad Stephens
Koordinat: 5°54′33″N 118°00′01″E / 5.90925°N 118.00040°E
Maktab Rendah Sains MARA Tun Mohammad Fuad Stephens (singkatan: MRSM TMFS) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di Sandakan, Sabah. MRSM ini merupakan MRSM ketiga dibuka di negeri Sabah, selepas MRSM Tun Mustapha dan MRSM Kota Kinabalu[1]
Maktab Rendah Sains MARA Tun Mohammad Fuad Stephens مكتب رنده ساءين س مارا تون محمد فواد ستيفينس | |
---|---|
![]() | |
Address | |
![]() | |
Batu 10, Education Hub Jalan Sungai Batang Sandakan , Sabah , 90000 Malaysia | |
Information | |
Other name | MRSM TMFS |
School type | Pendidikan menengah |
Established | Januari 2013 |
Status | Beroperasi |
Pengetua | En. Abdul Bin Tingoon |
Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | En. Mohd Hasbullah Nawawi bin Che Ismail |
Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | En. Nor Amin Sayani bin Zainal |
Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | Pn. Nur Farahiyah binti Zamri |
Education system | SPMRSM Program Premier |
Language | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
Slogan | Wisdom Towards Excellence |
Alumni name | ANSARA Malaysia |
Website | tmfs |
![]() Bangunan pentadbiran MRSM TMFS | |
Last updated: Disember 2022 |
Sejarah
suntingPenubuhan maktab
suntingMRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Sandakan telah dibuka pada 22 Januari 2013. Terletak bersebelahan dengan Politeknik Sandakan dan juga UMS Sandakan dalam hub pendidikan sabah(sandakan). Dengan keluasan 65.43 ekar, MRSM TMFS mampu memberi pendidikan bertaraf dunia kepada 1050 pelajar pada kapasiti penuh. Melalui program transformasi , pihak maktab bertungkus lumus memastikan setiap pelajar mampu belajar dengan selesa dan juga menghasilkan prestasi yang terbaik. Bermula dengan 33 orang guru, 16 staff MRSM terus memacu pembangunan pendidikan sarip hari ini dan terus berusaha menghasilkan pelajar terbaik untuk memimpin negara pada masa akan datang.
Lagu rasmi
suntingWahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Rujukan
sunting- ^ "KPTM MERIAHKAN MAJLIS PERASMIAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA SANDAKAN, SABAH". Kolej Poly-Tech MARA. 9 April 2014. Dicapai pada 7 Jun 2017.[pautan mati kekal]
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Maktab Rendah Sains MARA Tun Mohammad Fuad Stephens |