Masjid Al-Mawaddah
Masjid Al-Mawaddah ialah sebuah masjid yang terletak di Sengkang, Singapura. Masjid ini dibuka pada tahun 2009.
مسجد المودة Masjid Al-Mawaddah | |
---|---|
Maklumat am | |
Dibuka pada | 2009 |
Maklumat geografi | |
Lokasi | 151 Compassvale Bow Singapura 544997 |
Koordinat | 1°23′01″N 103°53′25″E / 1.383485°N 103.890306°EKoordinat: 1°23′01″N 103°53′25″E / 1.383485°N 103.890306°E |
Maklumat pembinaan | |
Kapasiti jemaah | 4,000 |
Lokasi | |
sunting ![]() |
Etimologi
suntingNamanya berasal dari kata Arab, مودة yang bererti kasih sayang; diberikan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Namanya diambil dari al-Quran dari Surah Ar-Rum ayat 21:
"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Sejarah
suntingMasjid ini dibina di bawah program Dana Pembinaan Masjid (Fasa IV) untuk memenuhi keperluan keluarga-keluarga baru di kawasan Buangkok dan Sengkang. Selain kemudahan masjid yang mesra keluarga, masjid ini juga memiliki kemudahan mesra alam yang menjimat tenaga. Oleh itu, masjid ini dianugerahi pensijilan Greenmark Certification oleh Perbadanan Bangunan dan Pembinaan (BCA). [1]
Visi
suntingSebuah institusi cemerlang yang membawa kebahagiaan kepada seluruh keluarga.
Misi
suntingKe arah sebuah masjid mesra keluarga bagi membina sebuah masyarakat Islam yang cemerlang.
Rujukan
sunting- ^ "MUIS Mosque Management". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-19. Dicapai pada 2015-09-14.
Pautan luar
sunting- Tapak web rasmi Diarkibkan 2015-09-25 di Wayback Machine