Menara Babel (lukisan)
Menara Babel merupakan subjek bagi tiga lukisan oleh Pieter Bruegel Si Penatua. Lukisan pertama ialah miniatur pada gading yang dihasilkan semasa Bruegel berada di Rom dan kini telah hilang.[1][2] Dua lukisan lain, yang merupakan lukisan minyak pada panel kayu, sering kali dibezakan dengan "Besar" dan "Kecil", masing-masing ditempatkan di Muzium Sejarah Seni, Vienna dan Muzium Boijmans Van Beuningen, Rotterdam.
Menara Babel "Besar" | |
---|---|
![]() | |
Maklumat umum | |
Jenis | Group of paintings (en) ![]() ![]() |
Pencipta | Pieter Bruegel |
Dicipta pada | c. 1563 |
Bahan | Minyak pada panel kayu |
Subjek | Menara Babel ![]() |
Saiz | 114 (![]() ![]() |
Lokasi | |
![]() | The Tower of Babel (en) ![]() Museum Boijmans Van Beuningen (en) ![]() Inv.: 2443 (OK) |
![]() | The Tower of Babel (en) ![]() Kunsthistorisches Museum (en) ![]() Inv.: GG_1026 ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Menara Babel "Kecil" | |
---|---|
![]() | |
Maklumat umum | |
Jenis | Group of paintings (en) ![]() ![]() |
Pencipta | Pieter Bruegel |
Dicipta pada | c. 1563 |
Bahan | Minyak pada panel kayu |
Subjek | Menara Babel ![]() |
Saiz | 60 (![]() ![]() |
Lokasi | |
![]() | The Tower of Babel (en) ![]() Museum Boijmans Van Beuningen (en) ![]() Inv.: 2443 (OK) |
![]() | The Tower of Babel (en) ![]() Kunsthistorisches Museum (en) ![]() Inv.: GG_1026 ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Lukisan di Rotterdam mempunyai separuh daripada saiz lukisan di Vienna. Secara amnya, lukisan-lukisan itu memiliki komposisi yang sama tetapi pada tahap butiran yang berbeza, sama ada pada seni bina menara atau langit dan landskap di sekeliling menara. Lukisan di Vienna memaparkan sekumpulan orang pada latar depannya dengan tokoh utama mungkin Nimrod, yang dipercayai telah mengarahkan pembinaan menara,[3] walaupun kitab Bible sebenarnya tidak menyatakan perihal ini. Bagi versi Vienna, menara Babel menjulang di sisi bandar besar, manakalan versi Rotterdam pula, menaranya berada di perkampungan.
Galeri butiran (Versi Vienna)
sunting-
Lukisan Colosseum di Rom, diterbitkan oleh Hieronymus Cock pada 1551
-
Raja dan rombongan baginda melawat para pembina. Tanda tangan Bruegel di kanan bawah.
-
Puncak di atas awan
-
Bebayang penurap bata di aras atas
-
Kren
-
Kekubah dengan penyangga sementara
Rujukan
sunting- ^ Orenstein, 6, salah satu karya kepunyaan Giulio Clovio
- ^ Morra, Joanne (2007). "Utopia Lost: Allegory, Ruins and Pieter Bruegel's Towers of Babel". Art History (dalam bahasa Inggeris). 30 (2): 200. doi:10.1111/j.1467-8365.2007.00538.x.
- ^ "The Tower of Babel". Art and the Bible (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Julai 2011.
Sumber
sunting- Orenstein, Nadine M., penyunting (2001). Pieter Bruegel the Elder: Drawings and Prints (dalam bahasa Inggeris). Muzium Seni Metropolitan. ISBN 9780870999901. (teks penuh percuma dalam talian)
- Snyder, James (1985). Northern Renaissance Art (dalam bahasa Inggeris). Prentice Hall dan Harry N. Abrams. ISBN 0136235964.