Mick Schumacher
Mick Schumacher (Sebutan bahasa Jerman: [ˈmɪk ˈʃuːmaxɐ], lahir 22 Mac 1999[1][2]) ialah seorang pemandu kereta lumba profesional. Dia kini bersaing dalam Formula Satu dengan Haas di bawah bendera Jerman. Mick juga merupakan ahli Akademi Pemandu Ferrari.[3] Dia memulakan kerjaya perlumbaan dalam karting pada 2008 dan mara ke acara Formula 4 Jerman pada 2015. Selepas memenangi Kejuaraan Formula 3 Eropah pada musim 2018, dia kemudian naik untuk mencuba Kejuaraan Formula 2 pada musim berikutnya. Dia adalah anak kepada Michael Schumacher dan juga anak saudara kepada Ralf Schumacher.

Referensi
sunting- ^ "Mick Schumacher is born". Verstappen Info Page. 25 March 1999. Dicapai pada 26 March 2015.
- ^ "Schumacher, Mick Germany – ADAC Formel 4 Driver 2015". ADAC Formel 4. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-03-30. Dicapai pada 24 April 2015. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Mick Schumacher joins Ferrari Driver Academy | Formula 1®". www.formula1.com (dalam bahasa Inggeris). 19 Januari 2019. Dicapai pada 12 November 2021.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Mick Schumacher |