Mohd Ekhwan Toriman

Prof. Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan bin Haji Toriman (lahir 11 September 1969) ialah seorang ahli akademik Malaysia. Beliau ialah Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-12, jawatan yang disandangnya sejak 1 Januari 2021. [1] [2] Beliau merupakan alumni UKM pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor UKM. [3] Pada 2 Februari 2025, Mohd Ekhwan mengumumkan beliau meletakkan jawatan atas tuduhan Fitnah dan tohmahan ke atasnya. [4] Pada 12 Februari 2025, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Darjah kebesaran yang diberikan oleh Beliau ditarik balik serta-merta bertujuan untuk menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di Negeri Sembilan. [5]

Mohd Ekhwan Toriman
PhD (Newcastle)
Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia ke-12
Dalam jawatan
1 Januari 2021 – 2 Februari 2025
Didahului olehMohd Hamdi Abd Shukor
Timbalan Naib Canselor UKM
Dalam jawatan
2017–2021
Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia ke-5
Dalam jawatan
8 Julai 2016 – 30 April 2017
Didahului olehHazita Azman
Digantikan olehMohd Fuad Mat Jali
Maklumat peribadi
Lahir (1969-09-11) 11 September 1969 (umur 55)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Tempat belajarUniversiti Kebangsaan Malaysia (BSc)
University of Manchester (MSc)
University of Newcastle Upon Tyne (PhD)
PekerjaanAhli akademik

Kerjaya akademik

sunting

Mohd Ekhwan ialah graduan UKM pada 1992 (Ijazah Am) dan 1993 (Ijazah Kepujian) dalam bidang Geografi (fizikal), Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan.[1][2][6][7]

Beliau seterusnya memperoleh Sarjana (MSc) dari Universiti Manchester serta Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Newcastle Upon Tyne UK dalam bidang Pemodelan Hidrologi Sekitaran, Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Pengurusan Sumber Air.[1][2][6][7]

Mohd Ekhwan juga berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Akademik dan Pembangunan), Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia serta jawatan pentadbiran dan akademik yang lain seperti Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Pembangunan), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).[1][2][6][7]

Beliau dilantik sebagai Naib Canselor UKM ke-12 pada 1 Januari 2021 bagi menggantikan Mohd Hamdi Abd Shukor yang dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya (UM) pada 1 November 2020.[1][2][6] Pelantikan ini menjadikan Mohd Ekhwan sebagai alumni UKM pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor universiti itu.[3]

Anugerah

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e "Mohd Ekhwan dilantik Naib Canselor baharu UKM". Berita Harian. 30 Disember 2020. Dicapai pada 1 Ogos 2020.
  2. ^ a b c d e "Mohd Ekhwan dilantik Naib Canselor UKM baharu". Sinar Harian. 30 Disember 2020. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
  3. ^ a b Asmahanim Amir (30 Disember 2020). "Prof. Dato' Ts Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, the first UKM Alumnus Appointed as UKM Vice-Chancellor". Pusat Komunikasi Korporat UKM (dalam bahasa Inggeris). Universiti Kebangsaan Malaysia. Dicapai pada 2 Ogos 2022.
  4. ^ "'Terima kasih atas segala fitnah dan tohmahan, saya lepaskan jawatan' - Naib Canselor UKM". Astro Awani. 3 Februari 2025. Dicapai pada 4 Februari 2025.
  5. ^ "Darjah Kebesaran Negeri Sembilan Bekas Naib Canselor UKM ditarik balik". Harian Metro. 12 Februari 2025. Dicapai pada 11 Februari 2025.
  6. ^ a b c d "UKM appoints Mohd Ekhwan Toriman as new vice-chancellor" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 30 Disember 2020. Dicapai pada 2 Ogos 2021.
  7. ^ a b c "Ekhwan Toriman named as vice-chancellor of UKM" (dalam bahasa Inggeris). Free Malaysia Today. 30 Disember 2020. Dicapai pada 2 Ogos 2021.
  8. ^ "Darjah Kebesaran Negeri Sembilan Bekas Naib Canselor UKM ditarik balik". Harian Metro. 12 Februari 2025. Dicapai pada 11 Februari 2025.

Pautan luar

sunting