Momok 2
Momok 2 ialah sebuah telefilem Malaysia 2002 arahan Rosli Rahman Adam terbitan NLE Services Sdn Bhd yang bergenre seram. Ia dibintangi oleh Aznah Hamid, Aida Aris, Nazri Panyau, Mahmud Jelani dan Zain Yahya sebagai watak utama bagi setiap cerita pendek dan ramai lagi pelakon tempatan. Telefilem ini juga mengandungi 4 buah cerita pendek iaitu Samiah Wanita Misteri, Polong, Toyol dan Pelesit. Momok 2 juga merupakan lanjutan selepas penerbitan telefilem Momok yang pertama arahan M. Jamil.
Momok 2 | |
---|---|
Pengarah | Rosli Rahman Adam |
Penulis | Liza Tan |
Dihasilkan oleh | NLE Services Sdn. Bhd. |
Dibintangi | Aznah Hamid Aida Aris Nazri Panyau Mahmud Jelani Zain Yahya Rosli Rahman Adam Khairil Khamis Hamid Gurkha Yusni Jaafar |
Diedarkan oleh | Golden Satellite Sdn. Bhd. |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Sinopsis
suntingMomok 2 berkisar tentang sekumpulan pelajar dari sebuah kolej yang mendapat tugasan untuk membuat kajian mengenai kewujudan dan kisah hantu di sebuah kampung bernama Telok Gong. Mereka menemui Tok Hamdan lakonan (Hamid Gurkha) dan Nek Pah lakonan (Yusni Jaafar). Bermula daripada situ Tok Hamdan dan Nek Pah bercerita mengenai 4 kisah misteri dan seram yang pernah berlaku di kampung tersebut.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Aznah Hamid sebagai Samiah
- Aida Aris sebagai Rahimah
- Nazri Panyau sebagai Badin
- Mahmud Jelani sebagai Wak Karman
- Zain Yahya sebagai Haji Taib
Pelakon Pembantu
sunting- Khairil Khamis sebagai Sahar
- Rosli Rahman Adam sebagai Sarip
- Pekin Ibrahim sebagai Ali
- Sheera Iskandar sebagai Joanne
- Kazar Saisi sebagai Dolah
- Jijo Bakhtiar sebagai Fikry
- Nurul Akma sebagai Maria
- Elfeeza Ul-Haq sebagai Farra
Penampilan Khas
sunting- Hamid Gurkha sebagai Tok Hamdan
- Yusni Jaafar sebagai Nek Pah
- Malek Rahman sebagai Tok Bomoh
Keluaran
suntingMomok 2 diterbitkan oleh Azizul Rahim Saedin dan Abdul Muin Saedin menerusi NLE Services Sdn Bhd. Telefilem ini diedarkan dalam bentuk VCD oleh Golden Satellite Sdn Bhd