Bukit Abal

(Dilencongkan daripada Mukim Bukit Abal Barat)

Bukit Abal merupakan sebuah daerah dalam jajahan Pasir Puteh, Kelantan yang bersempadan dengan daerah Bukit Jawa dan Padang Pak Amat. Daerah ini memiliki keluasan lebih kurang 17.9 batu persegi atau 6667.5 hektar tanah yang menjadikannya daerah ketiga terluas di Pasir Puteh.

Bukit Abal
Bukit Aba
بوكيت ابل
Daerah
Permandangan di Jeram Mengaji yang merupakan sebagian daripada daerah Bukit Abal
Permandangan di Jeram Mengaji yang merupakan sebagian daripada daerah Bukit Abal
NegaraMalaysia Malaysia
Negeri Kelantan
Jajahan Pasir Puteh
Pentadbiran
 • PenggawaKhairul Bharin bin Sulaiman[1]
Keluasan
 • Jumlah17.9 batu persegi (46 km2)
Penduduk
 (2021)
 • Jumlah penduduk
137,000
 • Pecahan mengikut jantina
6.8% Lelaki
6.9% Perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT

Berdasarkan bancian penduduk di jajahan Pasir Puteh bagi tahun 2020 dianggarkan penduduk daerah Bukit Abal adalah 137000 orang.[2]Dari segi sejarah, Bukit Abal mempunyai kepentingan dalam pentadbiran tempatan dan telah mengalami perkembangan dari segi pembangunan sejak beberapa dekad yang lalu. Ia terkenal dengan keunikan geografi serta menjadi salah satu pusat pertumbuhan bagi komuniti setempat di Pasir Puteh.

Perkataan Abal merupakan nama sejenis pokok bunga ros dalam bahasa Arab

Terkenal

sunting

Daerah ini menjadi terkenal melalui sumbangan Tuan Guru Haji Daud bin Haji Omar al-Libadi, seorang ulama terkemuka yang mengasaskan pondok pengajian Islam di Bukit Abal. Beliau lahir pada tahun 1903 di Kampung Kerasak, Limbat, Kota Bharu, tetapi akhirnya menetap di Bukit Abal. Beliau mendapat pendidikan awal daripada ulama-ulama tempatan sebelum melanjutkan pengajian di Makkah. Di sana, beliau berguru dengan beberapa ulama besar dan mendalami ilmu tasawuf serta tarekat Ahmadiyah.

Sekembalinya ke Kelantan, beliau menubuhkan pondok pengajian Islam di Bukit Abal yang menjadi pusat pengajian penting di Pasir Puteh. Selain itu, beliau juga aktif menyebarkan ilmu melalui ceramah dan penulisan sehingga beliau meninggal dunia pada 1 Februari 1976.

Selain beliau, terdapat juga Tuan Guru Haji Wan Ahmad bin Haji Ismail, yang dikenali sebagai Haji Awang Limbat, yang merupakan bapa mertua kepada Haji Daud Bukit Abal. Beliau juga seorang pendakwah dan guru agama yang dihormati. Generasi seterusnya, seperti Tuan Guru Haji Mat Limbat, turut menyambung legasi keilmuan di Bukit Abal.

Kampung Seligi juga melahirkan beberapa ulama berpengaruh, antaranya Haji Senik bin Lebai Salleh, yang dikenali sebagai Haji Senik Seligi. Beliau merupakan anak Melayu pertama yang menuntut ilmu di Universiti al-Azhar, Mesir, sekitar tahun 1860-an. Sekembalinya ke tanah air, beliau ditawarkan jawatan sebagai Mufti Kelantan tetapi menolaknya kerana lebih berminat untuk mengajar dan menyebarkan ilmu agama kepada masyarakat.

Seorang lagi ulama penting dari Kampung Seligi ialah Tuan Guru Haji Abdul Hamid Hj. Daud, atau lebih dikenali sebagai Baba Hamid. Beliau menubuhkan Pondok Seligi pada tahun 1989 dan berperanan besar dalam pendidikan Islam di Kelantan. Beliau mendapat pendidikan agama di Pondok Pattani, Selatan Thailand, sebelum kembali ke tanah air untuk menyebarkan ilmu. Di bawah kepimpinannya, Pondok Seligi berkembang pesat, dan menjelang tahun 2012, ia mempunyai lebih 150 pelajar.

Bukit Abal juga terkenal melalui kesenian tradisional iaitu seni dikir barat melalui tokoh Daud Bukit Abal, seorang pendikir dan tukang karut tersohor di Pasir Puteh dan seluruh Kelantan. Persembahannya yang bersahaja tetapi berhemah telah mengharumkan nama Kampung Bukit Abal dalam arena kesenian tradisional Kelantan.

Pentadbiran

sunting

Kemudahan

sunting

Pusat pendidikan

sunting

Daerah Bukit Abal merupakan sebuah kawasan yang semakin berkembang dalam sektor pendidikan. Dengan adanya pelbagai institusi pendidikan dari peringkat rendah hingga menengah, termasuk sekolah aliran kebangsaan dan agama, daerah ini memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi berilmu dan berakhlak.

Sekolah Rendah di Bukit Abal

sunting

Daerah ini mempunyai beberapa sekolah kebangsaan yang menyediakan pendidikan asas kepada kanak-kanak setempat:

  • Sekolah Kebangsaan Bukit Abal – Sekolah utama di kawasan ini, terkenal dengan pencapaian akademik yang baik serta penglibatan aktif dalam kokurikulum.
  • Sekolah Kebangsaan Banggol Pa' Esah – Sebuah institusi yang sering mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan turut aktif dalam aktiviti sukan serta kesenian.
  • Sekolah Kebangsaan Seligi – Sekolah ini dikenali dengan program pendidikan yang seimbang, menggabungkan akademik dan kegiatan luar bilik darjah.
  • Sekolah Kebangsaan Kampong Berangan – Berkhidmat untuk komuniti setempat, sekolah ini berusaha memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan berkualiti.

Sekolah Menengah di Bukit Abal

sunting

Bagi pendidikan peringkat menengah, terdapat beberapa sekolah yang menampung pelajar dari kawasan sekitar:

  • SMU(A) Diniah Permatang Rambai – Sebuah lagi institusi pendidikan agama yang menyediakan pendidikan Islam secara formal serta akademik moden untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi duniawi dan ukhrawi.
  • SMU(A) Tarbiah Islamiah Lepah – Sekolah Menengah Ugama (Arab) yang menawarkan pendidikan berteraskan Islam dengan penekanan kepada pengajian agama dan akademik.

Klinik Kesihatan

sunting

Daerah Bukit Abal mempunyai beberapa kemudahan kesihatan yang menyediakan perkhidmatan perubatan kepada penduduk setempat seperti klinik desa (KD) dan klinik kesihatan (KK).

  • Klinik Desa Bukit Abal
  • Klinik Desa Permatang Sungkai
  • Klinik Kesihatan Banggol Pa' Esah

Masjid

sunting

Daerah Bukit Abal mempunyai beberapa masjid mukim yang berperanan penting dalam komuniti setempat. Berikut adalah senarai masjid-masjid tersebut:

  • Masjid Mukim Bukit Abal
  • Masjid Mukim Permatang Gading
  • Masjid Mukim Permatang Sungkai
  • Masjid Mukim Seligi
  • Masjid Mukim Banggol Pa' Esah
  • Masjid Mukim Banggol Setol
  • Masjid Mukim Berangan
  • Masjid Mukim Lepah

Tarikan pelancong

sunting

Daerah ini terkenal dengan tarikan pelancongan seperti Jeram mengaji, Rumah Dusun dan Madrasah Ihya Ulumuddin.

Rujukan

sunting
  1. ^ https://ptjpp.kelantan.gov.my/index.php/ms/hubungi-kami/direktori-pegawai-dan-kakitangan
  2. ^ Profil Jajahan Pasir Puteh 2020 (PDF). Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh. 30 Julai 2019. m/s. 33–34.