Naysila Mirdad atau lebih mesra disapa sebagai Nay (lahir di Jakarta, 23 Mei 1988; umur 36 tahun) ialah seorang pelakon, dan peragawan yang berasal dari Indonesia. Nay merupakan anak ketiga dari pasangan artis Jamal Mirdad dan juga Lydia Kandou. Beliau lahir di Jakarta pada 23 Mei 1988.[1] Dia beragama Kristian Protestan.

Naysila Mirdad
Kelahiran
Naysila Nafulany Mirdad

(1988-05-23) 23 Mei 1988 (umur 36)
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPelakon, Peragawan
Ibu bapaLydia Kandou
Jamal Mirdad
HubunganNana Mirdad (kakak)
Kenang Kana Mirdad (kakak)
Nathana Ghaza Mirdad (adik)

Siri drama lipur lama (dipanggil sinetron di Indonesia) "Liontin" telah menaikkan nama beliau di mana siri tersebut turut dibintangi oleh kakak beliau iaitu Nana Mirdad. Siri drama yang mula disiarkan pada tahun 2005 tersebut adalah penampilan sulung beliau di dunia seni Indonesia.

  • Liontin sbg Indy/Rianty
  • Liontin 2 sbg Indy/Rianty
  • Bunga Kasih Sayang sbg Bunga/Dahlia
  • Intan sbg Intan
  • Maha Cinta
  • Melodi sbg Melodi
  • Bingkisan Tujuh Belasan
  • Cahaya sbg Cahaya
  • Sumi Benci Bule sbg Sumi
  • Aqso dan Madina sbg Risma
  • Sekar sbg Sekar
  • Isabella sbg Isabella/Ingka
  • Doa dan Karunia sbg Karunia
  • Dia Jantung Hatiku sbg Aida
  • Dewa sbg Dewa/Kania/Rahma
  • Jodohku sbg Dinda Alyana
  • Kita Nikah Yuk sbg Mawar
  • Romeo & Juminten sbg Juminten
  • Istri untuk Papaku sbg Tiara
  • Orang Ketiga sbg Afifah Larasati
  • Perempuan Pilihan sbg Maya Kartika
  • Aku Bukan Wanita Pilihan sbg Keysha Maharani
  • Tertawan Hati sbg Alya Syamsuri/Alyssa Syamsuri

Rujukan

sunting
  1. ^ "Biografi Naysila Mirdad @ kapanlagi.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-28. Dicapai pada 2008-04-24.

Pautan luar

sunting