Datuk Noraini Idris (lahir 1969) adalah ahli politik wanita Malaysia. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) mewakili Dewan Undangan Negeri Sabah selama sepenggal (2021-2024). Beliau juga merupakan mantan Setiausaha Politik kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Yakubah Khan.[1] Di peringkat parti beliau ialah Ketua Wanita UMNO Sabah dan Ketua UMNO Bahagian Penampang.

Datuk
Noraini Idris
PGDK, JP (Sabah)
Ahli Dewan Negara Malaysia
Dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah
Dalam jawatan
10 Disember 2021 – 9 Disember 2024
Berkhidmat with Bobbey Ah Fang Suan
PenggalPertama
Didahului olehDonald Peter Mojuntin
Digantikan olehEdward Linggu
Ketua Wanita UMNO Sabah
Menyandang jawatan
2023
PresidenAhmad Zahid Hamidi
Ketua Wanita UMNO PusatNoraini Ahmad
Didahului olehJainab Ahmad Ayid
Maklumat peribadi
Lahir
Judiet binti Fidilis

1969 (umur 55–56)
Penampang, Sabah
Parti politik UMNO
PekerjaanAhli politik
Bidang pengkhususanPeguam

Kerjaya

sunting

Peguam

sunting

Noraini memulakan kerjaya di bidang perundangan apabila diterima masuk sebagai Peguam Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak pada tahun 1994. Beliau berpengalaman selama 27 tahun dari tahun 1994 hingga 2021 sebagai peguambela dan peguamcara. Selain daripada itu, beliau mempunyai firma guaman sendiri, Alamin Idris & Associates.

Politik

sunting

Mula berkecimpung dalam dunia politik apabila menyertai UMNO Sabah pada tahun 2001 dan merupakan pemimpin dalam Puteri UMNO Sabah apabila dilantik sebagai Setiausaha. Kemudian dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO Penampang. pada tahun 2004, beliau telah terpilih sebagai Exco Puteri UMNO Malaysia.

Noraini kemudiannya terpilih sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Penampang dan juga Ketua Penerangan Wanita UMNO Negeri Sabah.[2]

Pada 9 Disember 2021, beliau telah dipilih oleh Dewan Undangan Negeri Sabah untuk menjadi Ahli Dewan Negara Malaysia.[3]

Penghargaan

sunting

  Sabah

Rujukan

sunting