Nud's
Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka
Nud's | |
---|---|
Kelahiran | Aminuddin bin Alias |
Kewarganegaraan | ![]() |
Nama samaran | Nud's |
Karya terkenal | Sembang-sembang, Once Upon a Time Nudin,Ofis Korner, Lawak orang Malaysia, Lawak Binatang |

Nud's @ Nudin adalah pelukis komik legenda tanah air Malaysia. Beliau telah lama berkecimpung dalam bidang pengeluaran komik dan karya beliau kebanyakannya diterbitkan di majalah Gila-Gila. Beliau juga adalah kartunis kegemaran Lat.
Nuds merupakan kartunis yang mengendalikan kartun SEMBANG SEMBANG dalam Majalah Gila-Gila. Beliau berasal daripada Sungai Siput, Perak, dan mendapat pendidikan dalam bidang Diploma Accountancy dari UiTM. Karya-karya beliau sememangnya sarat dengan mesej, dan banyak menyentuh mengenai pelbagai perkara dalam kehidupan seharian melalui karya SEMBANG-SEMBANG dan ONCE UPON A TIME.
Selain gemar melukis kartun, kartunis Nuds juga mahir dalam lukisan karikatur. Dia sering hadir dalam promosi Majalah Gila-Gila, untuk melukis karikatur pada para peminat. Kini Nuds muncul dengan Koleksi SEMBANG SEMBANG Jilid 1 (berwajah baru) dan kompilasi ONCE UPON A TIME. Koleksi ini terdapat dalam 2 versi iaitu Soft Cover dan Hard Cover.