One Cent Thief (musim 2)
Musim kedua One Cent Thief juga dikenali sebagai One Cent Thief 2[1][2][3][4] ialah sebuah siri drama Malaysia, bersiaran dari 31 Januari 2025 di Astro Citra, Astro Ria, Astro Vinmeen dan Astro QJ menggantikan Projek: Exit.
One Cent Thief | |
---|---|
Musim 2 | |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bil. episod | 8 |
Keluaran | |
Rangkaian | Astro Citra Astro Ria Astro Vinmeen Astro QJ |
Tarikh siaran | 31 Januari 2025 – kini |
Kronologi musim | |
Sinopsis
suntingTiga bulan selepas kejadian dalam musim pertama, Iman Shah, meneruskan perjuangannya untuk menjatuhkan Ibu Zara, seorang ketua kartel dadah yang kini semakin kebal setelah berjaya menceburi dunia politik. Dengan bantuan Ash atau Chen (bekas rakan sekerjanya di Bintang Bank), ketua kumpulan jenayah siber Digital Karma, mereka merancang misi berani untuk merompak wang haram milik Ibu Zara dan mengagihkannya kepada rakyat. Namun, cabaran semakin dahsyat apabila Ibu Zara menggunakan pengaruh politiknya untuk memutarbelitkan undang-undang dan menyukarkan usaha pihak berkuasa seperti Intan dalam mendakwa kesalahan jenayahnya.
Pelakon
sunting- Syafiq Kyle sebagai Iman Shah[1]
- Azira Shafinaz sebagai Intan[1]
- Fabian Loo sebagai Chen[1]
- Sofia Jane sebagai Ibu Zara[1]
- Faizal Hussein sebagai Shah Karim, bapa kepada Iman[1]
- Kamarulzaman Taib sebagai Tan Sri Syed Hussin[1]
- Trisha Ooi sebagai Diyana @ D[1][5]
- Syarul Ezani sebagai Dzia[1]
- Shashi Tharan sebagai Kapten Chandran[1]
- Tony Eusoff sebagai Alex Pereira[1]
- Jason Chong sebagai David[1]
- Aziz M. Osman sebagai Presiden Tuan Seri Khalid Ilyas[1]
Episod
suntingNo. | Tajuk | Tarikh penyiaran asal | |
---|---|---|---|
1 | "Hail to the Thief" | 31 Januari 2025 | |
Iman kini menjadi tawanan Digital Karma. Namun, berazam untuk kembali kepada Abah dan Intan, Iman mahu menyerah diri kepada pihak berkuasa. | |||
2 | "The Price of Freedom" | 7 Februari 2025 | |
Abah meyakinkan Iman untuk bekerja dengan Digital Karma, mereka akhirnya menemui tempat Ibu Zara menyimpan wangnya. | |||
3 | "Karma is Like the Rain" | 14 Februari 2025 | |
Iman dan Diyana cuba mencari jalan untuk menyelamatkan rakan seperjuangan mereka. Intan bergelut dengan perjuangannya untuk keadilan, Dzia merasakan dia perlu melakukan sesuatu. | |||
4 | "Killing in the Name" | 21 Februari 2025 | |
Mengetahui Abah dan Intan diancam, Iman perlu pergi menyelamatkan mereka. Dzia mengalami masalah apabila Intan memecahkan rahsianya. | |||
5 | TBA | 28 Februari 2025 | |
6 | TBA | 7 Mac 2025 | |
7 | TBA | 14 Mac 2025 | |
8 | TBA | 21 Mac 2025 |
Rujukan
sunting- ^ a b c d e f g h i j k l m "Drama One Cent Thief 2". My Infotaip. 27 Januari 2025. Dicapai pada 10 Februari 2025.
- ^ Nurul Naqiyah (24 Januari 2025). "Siri Premium Paling Dinantikan, 'One Cent Thief' Kembali Dengan Pertaruhan Besar & Pendedahan Mengejutkan". Siakap Keli. Dicapai pada 10 Februari 2025.
- ^ "ONE CENT THIEF PREMIERES ITS HIGHLY ANTICIPATED SECOND SEASON WITH HIGH STAKES AND SHOCKING REVELATIONS" (Kenyataan Media). Astro Mediaroom. 25 Januari 2025. Dicapai pada 10 Februari 2025.
- ^ Amzar Alif (19 Januari 2025). "Promosi One Cent Thief 2 cetus sejarah baharu Astro Originals". Astro Awani. Dicapai pada 10 Februari 2025.
- ^ Asyraf Roslan (31 Januari 2025). "Impian Jadi Kenyataan! Trisha Ooi Teruja Dapat Tawaran One Cent Thief 2 - "Saya Tak Akan Siakan Peluang Ni!"". Astro Gempak. Dicapai pada 10 Februari 2025.