One Nation Emcees (ONE) ialah sebuah kumpulan hip hop Malaysia yang ditubuhkan pada 2008. Kumpulan ini mendapat perhatian meluas apabila mereka dinobatkan sebagai juara rancangan realiti Gang Starz. Ahli asal kumpulan ini terdiri daripada; Shamimi Amalina "Mimi" Norhisham, Mohamed Fareezan "Kozae" Mohamed Murtaza, Mohd. Norzaidi "Zydee" Edris and Nur Hasan "Jojoe" Baias.[1] Kemudiannya, Zydee digantikan oleh Sabhi Saddi yang juga ahli asal ONE.[2] Mereka membuat kemunculan semula dengan menyertai Gegar Vaganza musim keenam pada tahun 2019. Mereka dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima dalam program tersebut.[3] Namun dua minggu selepas tamat rancangan itu, Mimifly mengumumkan pengunduran dirinya daripada kumpulan ini kerana beliau ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya solonya.[4] Pada pertengahan bulan Februari 2020, kumpulan ini telah mengumumkan bahawa mereka telah memilih pelakon Adeline Tsen sebagai ahli baru bagi menggantikan Mimi. Perkara itu diumumkan di laman rasmi Instagram One Nation Emcees.[5]

One Nation Emcees
Berasal dariKota Kinabalu, Sabah, Malaysia
GenreHip hop
Tahun aktif2008–2012, 2019–kini
Syarikat rakaman
Nova Music Malaysia
AhliAdeline Tsen
Kozae Murtaza
Sabhi Saddi
Bekas ahliJojoe Hasan (meninggal dunia)
Zydee Edris
Mimifly

Album pertama kumpulan dilancarkan pada 2010 dengan lagu "Raja Gelek", "Dendangkan", "Apa Ku Kisah" dan "Syukur (Kau yang Satu)" dikeluarkan sebagai single.

Kerjaya

sunting

Gegar Vaganza (Musim 6)

sunting

Pada tahun 2019, ONE ialah salah satu daripada dua kumpulan muzik yang mengambil bahagian dalam Gegar Vaganza musim ke-6.[6] Berikut ialah persembahan mereka:

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Ke Artis? "Anak Kampung" Diri mereka sendiri bersama Jimmy Palikat Ke-7
Minggu 2 CarMa (Cari Makan) "Raja Gelek" Diri mereka sendiri Ke-9
Minggu 3 Yang Aneh Aneh "Gelora" Saloma & P. Ramlee Ke-6
Minggu 4 Haa... Tepuk "Layar Impian" (duet Azharina) Ella Ke-5
Minggu 5 CurHat (Curahan Hati) "Makhluk Tuhan Paling Sexy" Mulan Jameela Ke-3
Minggu 6 Melets (Meletop) "Gadis dan Bunga" Rahimah Rahim Ke-9
Minggu 7 Caras (Cara Sendiri) "Bila Rindu" Ruffedge Ke-3
Minggu 8 Reset "Anak" Carefree Ke-4
Minggu 9 (Suku akhir) Komposer Hebat Dahulu Sekarang "Hati Emas" Kembara Tempat Pertama
Minggu 10 (Separuh akhir) Fabulous "Seribu Tahun" Imran Ajmain Ke-3
"Drama" (duet bersama Lan Solo) Drama Band Ke-3
Minggu 11 (akhir) Peluang Terakhir "Melompat Lebih Tinggi" Sheila on 7 Tempat Kelima
"In the End" (bersama Nur Fatima) Linkin Park

Diskografi

sunting

Album studio

sunting

Single

sunting
  • "Raja Gelek" (2009)
  • "Apa Ku Kisah" (2010)
  • "Syukur (Kau Yang Satu)" (2011)
  • "Anak Kampung" (feat. Jimmy Palikat) (2012)
  • "Selamanya Sayang" (2017)

Rujukan

sunting
  1. ^ One Nation Emcees: Biography Last.fm. Dicapai pada 24 Oktober 2013.
  2. ^ Khai Azfar (25 September 2019). Sabhi Saddi Kembali Bersama One Nation Emcees Murai.my. Dicapai pada 24 Oktober 2019.
  3. ^ Farihad Shalla Mahmud (23 Disember 2019) [1] Berita Harian. Dicapai pada 23 Disember 2019.
  4. ^ Syafil Syazwan Jefri (30 Januari 2020) [2] Harian Metro. Dicapai pada 30 Januari 2020.
  5. ^ Asraf Aided [3] Astro Gempak.
  6. ^ Wann, Sham Visa, Kool & One Nation Emcees antara 13 peserta Gegar Vaganza 6 Astro Awani (24 September 2019). Dicapai pada 24 Oktober 2019.

Pautan luar

sunting

Penglihatan awal

Untuk menetapkan penglihatan awal templat, |state= parameter boleh digunakan:

  • |state=collapsed: {{One Nation Emcees|state=collapsed}} untuk menunjukkan templat dikecutkan, iaitu, tersembunyi selain dari palang tajuknya
  • |state=expanded: {{One Nation Emcees|state=expanded}} untuk menunjukkan templat dikembangkan, iaitu dapat dilihat sepenuhnya
  • |state=autocollapse: {{One Nation Emcees|state=autocollapse}}
    • menunjukkan templat dikecutkan ke palang tajuk jika terdapat {{palangnav}}, {{palangsisi}}, atau sebarang jadual lain pada laman dengan atribut boleh lipat
    • menunjukkan templat dalam keadaan dikembangkan jika tiada terdapat benda boleh lipat yang lain pada laman

Jika parameter |state= tidak ditetapkan, penglihatan awal templat diambil daripada parameter |default= dalam templat. Untuk templat ini, yang tersebut sedang menilai ke autocollapse. </noinclude>