Rusa senggirik

(Dilencongkan daripada Oriks)

Rusa senggirik ialah sejenis haiwan daratan yang terdiri daripada empat spesies antelop besar dalam genus Oryx keluarga Bovidae.[1] Haiwan-haiwan ini bertanduk tegak atau condong ke belakang dengan permukaan bercincin.[2] Genusnya mempunyai empat spesies; tiga spesies ditemukan di Afrika manakala spesies Oryx leucoryx ditemukan di Semenanjung Arab. Kesemua spesies rusa senggirik cenderung tinggal di kawasan berhampiran gurun dan mampu hidup tanpa air untuk tempoh masa yang lama.

Rusa senggirik
O. gazella di Taman Negara Etosha
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Keluarga: Bovidae
Subkeluarga: Hippotraginae
Genus: Oryx
de Blainville, 1816
Spesies jenis
Antilope oryx
Pallas, 1777
Spesies

Oryx beisa Rüppell, 1835
Oryx dammah Cretzschmar, 1827
Oryx gazella (Linnaeus, 1758)
Oryx leucoryx Pallas, 1766

Sejumlah kecil populasi beberapa spesies Oryx, seperti O. dammah dipelihara dalam kurungan di ladang pemuliharaan haiwan liar wujud di Texas dan New Mexico, Amerika Syarikat.

Etimologi

sunting

Nama rusa senggirik (Jawi: روسا سڠݢيريق) diberikan daripada bentuk badannya yang dilihat menyerupai rusa, serta tanduk-tanduknya yang panjang dan berpintal-pintal seperti mata alat gerudi[3] atau "senggirik".[4]

Ciri-ciri

sunting

Ketinggian badan spesies-spesies rusa senggirik dari kaki ke bahu di antara 9.2–10 meter,[5] ia sedikit rendah daripada ukuran ketinggian beberapa spesies dalam keluarga rusa (Cervidae) di Amerika Utara di antara 2.0–2.7 meter (6.6–8.9 ka).[6]

Tanduk seekor rusa senggirik mempunyai teras yang memintal.[7] Pangkalnya padat supaya haba boleh dialirkan keluar untuk menyejukkan kepalanya.[8]

Taksonomi

sunting

Nama genus Oryx dijejak daripada perkataan bahasa Yunani ὄρυξ óryx yang bermaksud "beliung" kerana tanduk-tanduknya panjang dan tajam seperti mata beliung.[9]

Spesies

sunting

Oryx leucoryx merupakan spesies terkecil dalam genus ini. Ia pernah pupus di habitat liarnya pada tahun 1972. Ia diperkenalkan semula pada 1982 di Oman tetapi pemburuan haram mempunyai kesan negatif. Spesies ini berjaya dipulihara dan berubah status kepada spesies terjejas pada tahun 2011.[10]

Oryx dammah dari Afrika Utara kini kemungkinannya pupus secara liar. Bagaimanapun, terdapat laporan yang tidak disahkan tentang populasi yang masih hidup di tengah Niger dan Chad, dan populasi yang kini hidup di taman simpan semula jadi berpagar di Tunisia kini ditingkatkan bagi dibebaskan secara liar di negara tersebut[1].

Oryx beisa yang terdapat di Afrika Timur, dan Oryx gazella yang berkait rapat terdapat di keseluruhan timur dan selatan Afrika. Kedua-duanya dianggap spesies terancam. Antara 1969 dan 1977, New Mexico Department of Game and Fish membebaskan 93 Gemsbok di Tapak Peluru Berpandu White Sands di New Mexico dan populasi itu kini dianggarkan sekitar 1,700 ekor [2]. Pengkelasan antara kedua haiwan ini berbeza antara pakar. Satu sistem meletakkan gemsbok sebagai satu spesies (Oryx gazella), dan oriks Afrika Timur sebagai (Oryx beisa) dengan dua subspesies tersendiri, oriks Timur Afrika "sebenar" (Oryx beisa beisa) dan oriks telinga berjambul (Oryx beisa calliotis). Satu lagi sistem meletakkan spesies Oryx gazella, dengan tiga subspesies: Oryx gazella gazella, Oryx gazella beisa, dan Oryx gazella calliotis.

 
Sekawan rusa senggirik di Afrika

Ekologi

sunting

Ia hidup berkelompok sehingga 600 ekor haiwan. Bayi baru lahir mampu berlari dengan kawasan sejurus selepas dilahirkan. Kedua jantina memiliki tanduk kekal. Tanduknya runcing, dan lurus kecuali bagi oriks samsir, di mana ia condong ke belakang seperti samsir. Tanduknya mampu membunuh dan oriks diketahui membunuh singa dengannya—dan oriks kadangkala dikenali sebagai antelope sabre. Tanduknya menjadikannya sebagai tropi berharga, yang mendorong kepada hampir pupusnya dua spesies utara.

Dalam budaya

sunting

Oriks memiliki profil tanduk sekata, terutamanya jika dilihat pada pandangan sisi, kelihatannya seperti memiliki tanduk tunggal, yang mendorong kepada jangkaan bahawa ia mungkin merupakan sumber mitos unikorn.

Mata oriks dianggap cantik oleh orang Arab di Tanah Arab dan biasanya digunakan bagi menggambarkan keindahan mata wanita.

Pengelasan

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Schlitter, D.A. (2005). Wilson, D.E.; Reeder, D.M. (penyunting). Mammal Species of the World (ed. ke-4). Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 718. ISBN 978-0-8018-8221-0.
  2. ^ Kingdon, Jonathan; Hoffmann, Michael, penyunting (2014). Mammals of Africa. VI: Hippopotamuses, Pigs, Deer, Giraffe and Bovids. London, UK: Bloomsbury Publishing. m/s. 544. ISBN 978-1-4081-8995-5.
  3. ^ Wilkinson 1932, jilid II, m/s. 356.
  4. ^ Wilkinson 1932, jilid II, m/s. 435.
  5. ^ Stuart, Chris; Stuart, Tilde (2016). Mammals of North Africa and the Middle East. London, England, UK: Bloomsbury Natural History. m/s. 12-14. ISBN 978-1-4729-3239-6.
  6. ^ Kurta, A. (1995). Mammals of the Great Lakes Region (ed. pertama). Ann Arbor, Michigan, Amerika Syarikat: University of Michigan Press. m/s. 260–261. ISBN 978-0-472-06497-7.
  7. ^ Bubenik, George A.; Reeder, D.M., penyunting (1990). Horns, Pronghorns, and Antlers: Evolution, Morphology, Physiology, and Social Significance. New York, Amerika Syarikat: Springer-Verlag. m/s. 32. ISBN 978-1-4613-8968-2.
  8. ^ Picard, Karine; Thomas, Donald W.; Festa-Bianchet, Marco; Belleville, François; Laneville, André (1999). "Differences in the thermal conductance of tropical and temperate bovid horns". Écoscience. 6 (2): 154–155. doi:10.2307/42901121.
  9. ^ Palmer, T.S. (1904). "Index Generum Mammalium: a List of the Genera and Families of Mammals" (PDF). North American Fauna. 23: 485. doi:10.3996/nafa.23.0001.
  10. ^ IUCN SSC Antelope Specialist Group (2016). "Oryx dammah". Senarai Merah IUCN. Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa. m/s. e.T15568A50191470. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-2.RLTS.T15568A50191470.en. Dicapai pada 19 Februari 2025. Alasan spesies ini disenaraikan pupus di habitat liarnya ditemukan dalam pemasukan dalam pangkalan data.

Sumber-sumber

sunting

Pautan luar

sunting
 
Oriks