Osirak, juga dieja Osiraq, (bahasa Perancis: Osirak; bahasa Arab: Tammuz 1, اوسیراک), merupakan sebuah reaktor ujian bahan nuklear (MTR) air-ringan berkuasa 40 MW di Iraq. Ia telah dibina oleh kerajaan Iraq di Pusat Penyelidikan Nuklear Al Tuwaitha, 18 km (11 batu) ke arah tenggara Baghdad pada tahun 1977. Loji ini telah dirosakkan oleh serangan udara Iran pada tahun 1980 semasa Perang Iran-Iraq, kemudian dilumpuhkan oleh serangan pesawat Tentera Udara Israel pada tahun 1981 dalam satu serangan mengejut dengan nama kod Operasi Opera, bagi mengelakkan kerajaan Saddam Hussein dari menggunakan reaktor ini untuk membina senjata nuklear. Kemudahan loji ini dimusnahkan sepenuhnya oleh pesawat Amerika Syarikat semasa Perang Teluk pada tahun 1991.

Lokasi Osirak

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Bacaan lanjut

sunting
  • McKinnon, Dan. Bullseye, One Reactor: The story of Israel's attack that destroyed Iraq's nuclear programme Airlife, 1988. (ISBN 1853100323)
  • Claire, Rodger. Raid on the sun : inside Israel's secret campaign that denied Saddam the bomb Broadway, 2004. (ISBN 0767914007)

Pautan luar

sunting