Pau (kuih)
Pau (Jawi: ڤاو , juga dipanggil sebagai pao, baozi, bao, bau, humbow, nunu, bausak, atau pow) merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dan yis, diuli dan dibentukkan bulat yang mempunyai inti di dalam, sama ada manisan atau berdaging atau sayur-sayuran. Teknik popular untuk memasak pau ialah dengan menggunakan cara mengukus. Selain menggunakan teknik mengukus, teknik memasak secara goreng dan bakar juga boleh dilaksanakan.
Wikibuku mempunyai maklumat lanjut berkenaan topik: Pau (kuih) |
Pau ڤاو | |
---|---|
Pau berinti daging dijual di sebuah pasar | |
Nama alternatif | Bao, humbow, pau, baozi, bao, nunu, bausak, atau pow |
Jenis | Roti kukus berinti |
Tempat asal | Utara China |
Kawasan/rantau | China, Hong Kong, Taiwan, Asia timur, Asia tenggara dan Asia Selatan |
Bahan utama | Tepung ![]() |
Cara penyediaan | Pengukusan ![]() |
Keragaman/variasi | Dabao, xiaobao |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Baozi | |||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() "Baozi" di dalam tulisan Cina | |||||||||||||
Bahasa Cina | 包子 | ||||||||||||
| |||||||||||||
Alternative Chinese name | |||||||||||||
Bahasa Cina | 包 | ||||||||||||
| |||||||||||||
Melayu | |||||||||||||
Melayu | pau, ڤاو |
Bagi mengenalpasti jenis-jenis pau yang dimasak, biasanya setitik pewarna diletakkan di atas pau bagi menandakan jenis inti yang terdapat di dalam pau tersebut. Di Malaysia, pau biasanya dihidangkan panas-panas, yang dibuat secara segar ataupun yang sejuk beku.
Asal masakan ini datangnya dari China.
Pembuatan
suntingTepung asas yang selalu menjadi pilihan ialah gandum. Namun, penggunaan tepung khusus atau tepung pau menjadi pilihan kerana komposisi tepungnya iaitu kadar kelembapan (13.0 - 14.0%), protein (9.5 - 10.5%) dan kandungan abu (0.50 - 0.60%) yang membolehkan tekstur warna putih salji dan bentuk fizikal yang gebu terhasil.
Alatan untuk mengukus, seperti pengukus buatan dari buluh, elektrik atau besi tahan karat. Penggunaan kuali, dijadikan dasar atau tempat letak air untuk membolehkan proses pengewapan air berlaku untuk pengukus jenis buluh. Ketuhar gelombang mikro juga boleh digunakan.
Bagi mengelak pau melekit di dulang pengukus, pelapik kertas atau kain diletakkan di bahagian bawah pau. Waktu mengukus diantara lebih kurang 15-30 minit.[1]
Variasi
suntingKukus
suntingPenggunaan pes makanan dijadikan inti untuk jenis pau manisan. Ia terdapat dalam pelbagai perisa seperti:
Manisan
sunting- Kacang hitam
- Kacang merah
- Kaya (atau kaya pandan)
- Jagung
- Coklat
- Biji teratai
Bukan manisan
suntingInti daging seperti ayam atau lembu selalunya dimasukkan. Jenis masakan seperti rendang, masak lada hitam, ataupun kari menjadi pilihan. Selain daging, hasil laut seperti ikan bilis yang dijadikan sambal juga digunakan.
Manakala, sayur-sayuran seperti kentang, taugeh atau campuran sayur-sayuran seperti kubis, sengkuang, lobak merah atau cendawan.
Goreng
suntingPau ini digoreng dengan minyak yang banyak. Ada disetengah tempat atau kawasan memanggil donat inti. Pau jenis ini mempunyai variasi manisan yang digoreng. Pau goreng manis selalunya diisikan dengan pes kacang merah atau mana-mana jenis manisan yang dianggap bersesuaian.
Lihat juga
suntingRujukan
sunting- ^ Granger, Bill (10 November 2013). "Basic steamed buns". The Independent. Dicapai pada 12 November 2013.