Rasisme
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (September 2017)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Rasisme (bahasa Inggeris: racism ) merupakan satu bentuk kepercayaan, sikap dan amalan yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya. Pada dasarnya, kepercayaan ini mengandaikan bahawa manusia boleh dibahagikan kepada kaum yang berbeza; dan serentak itu, ia juga mengandaikan bahawa nilai dan darjat seseorang boleh ditentukan berdasarkan kaum yang diwakilinya. Dalam bahasa Melayu, konsep rasisme sangat berkaitan dengan perkauman dan juga semangat assabiyah.

Fahaman rasisme sentiasanya akan membawa kebinasaan kepada manusia. Pada kebanyakan masa, rasisme akan melibatkan permusuhan terhadap kaum-kaum yang tertentu. Daripada itu, fahaman ini akan menghasilkan amalan seperti berikut:
Jenis rasisme
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Rasisme |
Rasisme boleh dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
- Rasisme Individu
Amalan rasisme yang dilakukan oleh orang perseorangan. - Rasisme Struktur
Amalan rasisme yang dijalankan melalui institusi sosial seperti perundangan dan pendidikan. - Rasisme Ideologi
Amalan rasisme yang disokong oleh justifikasi bersistem. Contohnya, kaum X menganggap dirinya lebih unggul kerana mereka adalah daripada keturunan dewa Y, menurut agama Z. - Rasisme Berbalik
Amalan rasisme yang tercetus sebagai reaksi kepada rasisme. Contohnya, kaum X memandang rendah kepada kaum Y kerana kaum Y memandang rendah kepada kaum X.