Pokok Padang Deman
Pokok Padang Deman atau juga dikenali sebagai Seranting, Tebu Aga atau Kacangma (Bahasa Cina: 益母草; pinyin: yìmǔcǎo) merupakan sejenis herba renek yang mempunyai nama saintifik Leonurus sibiricus.
Padang Deman | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Divisi: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | L. sibiricus
|
Nama binomial | |
Leonurus sibiricus |
Ia berasal dari Jepun dan Timur Laut Asia.[1]
Ciri-ciri
suntingPokok Padang Deman merupakan sejenis herba berbulu, bermusim dengan batang segi empat dan mencapai ketinggian sehingga satu meter.
Pokok Padang Deman terdapat dalam dua variasi, iaitu berbunga merah jambu (L. Sibiricus L) dan jenis berbunga putih (Var Albiflorus Migo).
Kegunaan
suntingDalam perubatan tradisional, ia digunakan sebagai tumbuhan perubatan terutama bagi penduduk asal di Sarawak.[1]
Rujukan
suntingPautan luar
sunting- "Kacang Ma" - episod 8 siri dokumentari Rezeki Tanah terbitan TVS