Portal : Hal semasa di Asia/2008
Raja Jigme Khesar Namgyel Wangchuck
Penerbangan CAL581, penerbangan langsung pertama tanah besar China dan Taiwan
Peta lokasi pusat gempa bumi Sichuan serta kawasan yang terlibat
26 Nov - Satu siri serangan pengganas di Mumbai , India mengorbankan 173 orang dan mencederakan ratusan yang lain.
7 Nov - Kelab Al-Muharraq dari Bahrain memenangi Piala AFC 2008 .
6 Nov - Raja termuda di dunia ketika ini, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck (gambar) ditabalkan sebagai Raja Naga Bhutan kelima.
29 Okt - Satu gempa bumi berukuran 6.4 Mw mengorbankan 215 orang di Balochistan , Pakistan .
22 Okt - ISRO berjaya melancarkan Chandrayaan-1 , satu misi penjelajahan bulan tanpa manusia.
18 Okt - Perhimpunan Agung PBB melantik Turki , Austria , Jepun , Uganda dan Mexico untuk menganggotai Majlis Keselamatan selama dua tahun.
27 Sept - Angkasawan China Zhai Zhigang berjaya menjalankan aktiviti luar kenderaan semasa misi Shenzhou 7 .
24 Sept - Diet Jepun melantik Taro Aso sebagai Perdana Menteri Jepun yang baru.
21 Sept - Lebih 12,800 kanak-kanak di China dimasukkan ke hospital akibat kelancungan produk susu China .
20 Sept - Sebuah lori meletup di luar sebuah hotel di Islamabad , Pakistan , membunuh sekurang-kurangnya 53 orang dan mencederakan 266 yang lain.
17 Sept - Sukan Paralimpik 2008 berakhir. Tuan rumah China mendapat pingat emas terbanyak.
6 Septem - Asif Ali Zardari dari Parti Rakyat Pakistan terpilih menjadi Presiden Pakistan untuk mengganti tempat Pervez Musharraf .
1 Septem - Perdana Menteri Jepun Yasuo Fukuda meletak jawatan tidak sampai setahun selepas mengambil alih dari Shinzo Abe yang turut meletak jawatan.
24 Ogos - Sukan Olimpik Beijing 2008 tamat dengan rasminya selepas berlangsung selama 16 hari. Tuan rumah China mendapat pingat emas terbanyak.
23 Ogos - Ribut Nuri melanda China menyebabkan kematian 12 orang.
15 Ogos - Pemimpin Maois Prachanda dilantik sebagai Perdana Menteri Nepal .
8 Ogos - Sukan Olimpik Beijing 2008 bermula di Republik Rakyat China .
4 Ogos - Satu serangan terhadap pos polis berhampiran Kashgar di Xinjiang , China menyebabkan kematian 16 pegawai manakala 16 lagi cedera.
4 Julai - Penerbangan rentas selat (gambar) hujung minggu antara Taiwan dan tanah besar China bersambung semula selepas 59 tahun.
12 Jun - Republik Rakyat China dan Taiwan mengadakan perundingan rasmi pertama sejak sedekad lalu.
8 Jun - Korea Utara memenangi Piala Asia Wanita AFC 2008 .
6 Jun - Diet Jepun buat pertama kalinya mengakui Orang Ainu sebagai orang asli .
28 Mei - Nepal diisytiharkan sebagai republik oleh kerajaan barunya, mengakhiri pemerintahan Raja Gyanendra .
18 Mei - China memenangi Piala Thomas & Uber 2008 .
12 Mei - Gempa bumi (peta lokasi pusat gempa) berukuran 7.9 Mw melanda Sichuan , China dengan lebih 69,000 orang dilaporkan maut.
8 Mei - Latihan tentera 5 negara Cobra Gold 2008 bermula di Korat , Thailand .
25 Apr - CPN-Maois mendapat mendapat kerusi terbanyak dalam pilihan raya Dewan Persekutuan Rakyat Nepal .
8 Apr - Soyuz TMA-12 dilancarkan, membawa Yi So-yeon sebagai orang Korea pertama ke angkasa.
24 Mac - Druk Phuensum Tshogpa memenangi pilihan raya pertama Bhutan .
22 Mac - Ma Ying-jeou (gambar) dilantik sebagai Presiden Republik China (Taiwan).
14 Mac - Bantahan di Tibet terhadap kerajaan China menyebabkan banyak kematian.
19 Feb - Parti Rakyat Pakistan memperoleh undi terbanyak dalam pilihan raya umum Pakistan .* Feb - Skandal Foto Edison Chen mengempar industri hiburan Hong Kong .
8 Jan - Parti Rakyat Pakistan memperoleh undi terbanyak dalam pilihan raya Pakistan 2008 .