Portal:Hal semasa di Timur Tengah/2010
2010
- 2 Disember - FIFA mengumumkan bahawa Rusia dan Qatar terpilih untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2018 dan 2022.
- 10 September - Hari Bersuara diadakan di Iran.
- 9 September - Kerajaan Iran menangguhkan hukuman mati rejam untuk Sakineh Mohammadi Ashtiani di tengah-tengah tekanan antarabangsa.
- 5 Ogos - Lebih 1,600 orang maut dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir paling teruk dalam sejarah Pakistan.
- 25 Julai - Ribuan dokumen sulit mengenai Perang Afghanistan didedahkan Wikileaks, dengan butiran diterbitkan tiga akhbar utama secara serentak.
- 15 Julai - Penerbangan 8460 Lufthansa Cargo terhempas di semasa mendarat di Riyadh, Arab Saudi. Dua anak kapalnya cedera.
- 15 Julai - Kebakaran sebuah hotel di Sulaimaniya, Kurdistan, Iraq mengorbankan 30 orang termasuk 14 warga asing.
- 15 Julai - Ahli sains Iran Shahram Amiri yang hilang pada 2009, dipercayai ditahan oleh CIA Amerika Syarikat, kembali ke Teheran.
- 4 Julai - Ayatollah Utama Mohammad Hussein Fadlallah dari Lubnan meninggal dunia di usia 74 tahun.
- 9 Jun - Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan pusingan keempat terhadap Iran kerana program nuklearnya.
- 6 Jun - Puluhan orang di India, Oman dan Pakistan maut akibat Taufan Phet, antara taufan Laut Arab terkuat pernah direkodkan.
- 5 Jun - Kapal MV Rachel Corrie yang terlewat membawa bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza turut dirampas Tentera Laut Israel.

Kapal utama Mavi Marmara
- 31 Mei - Tentera Laut Israel merampas sekumpulan kapal bantuan kemanusiaan (gambar) ke Genting Gaza di perairan antarabangsa, membunuh lebih 10 orang.
- 17 Mei - Brazil, Iran dan Turki bersetuju prosedur penukaran bahan api nuklear yang diharap meredakan kebimbangan terhadap program nuklear Iran.
- 10 Mei - Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi mempelawa Estonia, Israel dan Slovenia menjadi ahli.
- 14 Mac - Fernando Alonso dan Ferrari memenangi perlumbaan pembukaan Formula Satu musim 2010 Grand Prix Bahrain 2010.
- 10 Mac - Bekas Mufti Besar Mesir Muhammad Sayyid Tantawi meninggal dunia semasa melawat Riyadh, Arab Saudi.
- 18 Februari - Interpol memasukkan 11 orang yang disyaki membunuh komander Hamas Mahmoud al-Mabhouh di Dubai dalam senarai dikehendakinya.
- 16 Februari - Pemimpin Taliban Afghan Abdul Ghani Baradar ditangkap oleh ejen CIA dan ISI dalam satu operasi di Karachi, Pakistan.
- 13 Februari - Forum Dunia Islam-Amerika Syarikat diadakan di Doha, Qatar.
- 13 Februari - Angkatan ISAF pimpinan NATO di Afghanistan melancarkan Operasi Moshtarak, serangan terbesar terhadap Taliban sejak 2001.
- 12 Februari - Kedamaian sementara yang ditandatangani pemberontak Houthis di Yaman menamatkan enam bulan pertempuran semasa Operasi Bumi Hangus.
- 3 Februari - Agensi Angkasa Iran mengumumkan berjaya melancarkan sebuah roket dengan haiwan hidup di atas kapal dan kembali ke Bumi dengan selamat.
- 31 Januari - Dalam bola sepak, Mesir menewaskan Ghana untuk memenangi Piala Negara Afrika 2010 buat kali ketiga berturut-turut.
- 25 Januari - Ali Hassan al-Majid, digelar "Ali Kimia" oleh pejuang Kurdi, digantung mati di Iraq selepas menerima empat hukuman mati.
- 25 Januari - Penipuan Bank Pusat Emiriyah Arab Bersatu berjaya mengeluarkan wang 38 bilion dirham (RM 35 bilion) dari bank pusat tersebut.
- 19 Januari - Komander tentera Hamas Mahmoud al-Mabhouh ditemui mati di Hotel Al Bustan Rotana di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
- 4 Januari - Burj Khalifa (gambar), struktur tertinggi pernah dibina, dibuka kepada awam di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.
